‘Fake’ Akaun Mula Jadi ‘Penghujah’, Musim Burukkan Pimpinan UMNO/BN Bermula – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ketua Pemuda UMNO Tengku Haphiz Tengku Putera melihat tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan media sosial khususnya penggunaan akaun palsu bagi memburukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) setempat adalah taktik lapuk dalam usaha menjatuhkan reputasi pimpinan yang sentiasa dekat dengan rakyat.

Jelas beliau langkah berkenaan pada waktu-waktu sebegini sememangnya telah dijangka dan tidak mustahil apabila tempoh berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) bermula akan timbul pelbagai isu yang direka dalam usaha menjatuhkan kredibiliti pimpinan UMNO/BN.

“Musim menyerang untuk peroleh kuasa sedang bermula. Sebagai ahli politik, saya memahami ‘time’ ni. Cuma saya kurang memahami apabila kita membenarkan ‘scammer’ menjadi penghujah yang benar.

“Saya lihat ada beberapa ‘posting’ mengguna pakai akaun palsu mulai menghentam pemimpin kami di media sosial Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat. Sudah tentu, ini cara paling terdesak pihak lawan menjatuhkan kredibiliti ketua kami,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu seterusnya percaya rakyat dan masyarakat setempat cukup bijak untuk membuat penilaian pemimpin manakah yang sentiasa dekat dan yang sentiasa bersama mereka.

“Saya fikir ini adalah cara lapuk. Rakyat Hulu Terengganu boleh menilai siapa pemimpin yang bakal dipilih untuk menerajui daerah ini. 2018-2022, jedai masa yang sangat ampuh menilai ‘amanah’ yang benar-benar ‘amanah’.

“Hadis Nabi SAW, Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara. Ada orang bertanya: Siapa Ruwaibidhah itu? Nabi menjawab, orang bodoh lagi fasik yang menguruskan urusan umum. (HR Ibnu Majah).

“Semoga kita orang Hulu Terengganu dilindungi daripada fitnah & pembohongan. Berpeganglah dengan teguh Iman dan Islam.  Kalau nak berhujah pun, pakailah real akaun. Jangan nama pun orang dah tahu ‘pemfitnah’,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.