Sembang Santai Bossku Lancar

KUALA LUMPUR 22 Mac – Walaupun mendapat beberapa tentangan, program Sembang Santai Bossku bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal, di sini hari ini berjaya dilangsungkan. Dihadiri kira-kira 40 orang yang kebanyakannya pelajar universiti, Najib mengambil peluang untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahannya, khususnya berkenaan mahasiswa dan universiti. Turut hadir, Ketua Pemuda […]

» Read more

Jangan Bebankan Rakyat Dengan Potong Subsidi Haji, Mujahid Diminta Hayati Matlamat TH

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merayu agar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan Menteri bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama mewakili Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali melupakan matlamat asal penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH). Sehubungan itu, ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon agar Dr Mujahid jangan sesekali mempertimbangkan untuk dikurangkan subsidi Haji bagi […]

» Read more

Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Ummah Bahagian Lenggong

LENGGONG 19 Mac–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad, Ketua Pesuruhjaya PAS Perak YB Hj. Razman Zakaria dan Timb. Ketua UMNO Bahagian Lenggong Datuki Termizi Idris yang hadir pada Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Ummah Bahagian […]

» Read more

PH Perlu Cakap Serupa Bikin, Buktikan Pentingkan Perpaduan Tanpa Iktiraf UEC

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Hari ini Pakatan Harapan (PH) yang menerajui (kononnya) Malaysia Baharu sering menjenamakan diri sebagai parti yang lebih mementingkan perpaduan, maka buktikanlah dan cakap biar serupa bikin, tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan. Beliau berkata demikian berikutan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam menerusi Twitter beliau telah memaklumkan tentang pengambilan Program Ijazah […]

» Read more

Dap Melampau, Menghasut Terang-terangan… Kerajaan PH Dan RoS Harus Ambil Tindakan

KUANTAN, 17 Mac – Dap harus dikenakan tindakan tatatertib oleh Akta Pertubuhan (RoS) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan pemimpinnya yang mengaitkan insiden menimpa umat Islam di Christchurch, New Zealand sebagai bakal terjadi di Malaysia jika UMNO dan PAS bergabung. Pengarah Strategik, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar berkata Dap seakan-akan menggelar umat Islam di Malaysia […]

» Read more

Dap Amal Taktik Zaman Sekolah Tadika

KOTA BHARU 16 Mac – Pemuda UMNO menyifatkan pemimpin-pemimpin DAP mengamalkan ‘taktik zaman sekolah tadika’ apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kemarahan rakyat kemudian memohon maaf serta menarik balik apa yang dikatakannya. Pengerusi Kluster Peguam Muda Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, taktik cakap lepas dan tarik balik sudah tidak relevan untuk diterima rakyat negara ini yang […]

» Read more

Pasir Gudang Dilanda Musibah, MB Pula Pergi Batam…

LEDANG, 16 Mac – Di kala penduduk Pasir Gudang dilanda musibah akibat pencemaran bahan kimia dan memerlukan parhatian khusus, Menteri Besar (MB)Johor, Datuk Osman Sapian pula seakan tidak ambil serius dengan apa yang terjadi. Ketua Pemuda UMNO Ledang, Arifudin Wagiman mengecam MB yang masih mampu mengikuti rombongan ke Batam sedangkan apa yang terjadi di Pasir Gudang memerlukan perhatian khusus dan […]

» Read more

Darurat Bencana Bukan Seperti Darurat Perang… Warga Pasir Gudang Kini Sengsara

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad membidas Kerajaan Negeri Johor terlalu lambat bertindak walhal kes telah dilaporkan lebih tujuh hari lalu. Menurutnya yang memetik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian bahawa insiden ini bukanlah isu yang besar serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail bahawa tiada keperluan bagi […]

» Read more

PH Ambil Jalan Mudah Untuk Pendapatan Negara, Sampai Bila Petronas Hendak Dijarah?

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil jalan mudah dan simplistik untuk pendapatan negara dengan memerah Petronas umpama ‘lembu susu’ melalui pembayaran dividen berjumlah besar sehingga RM30 billion. Katanya, sudahlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang efisyen dihapuskan kerana janji populis pilihan raya dan digantikan pula […]

» Read more
1 450 451 452 453 454 543