Dap Melampau, Menghasut Terang-terangan… Kerajaan PH Dan RoS Harus Ambil Tindakan

KUANTAN, 17 Mac – Dap harus dikenakan tindakan tatatertib oleh Akta Pertubuhan (RoS) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan pemimpinnya yang mengaitkan insiden menimpa umat Islam di Christchurch, New Zealand sebagai bakal terjadi di Malaysia jika UMNO dan PAS bergabung.

Pengarah Strategik, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar berkata Dap seakan-akan menggelar umat Islam di Malaysia ini adalah ekstrimis dan ‘potential terrorist’ tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

“Dap berpolitik secara menghasut dengan terang-terangan. Hasutan seperti ini adalah bersifat ekstrimis persis kenyataan Lim Guan Eng tempoh hari.

“Dap sudah melampau dan saya kira sudah tak berdaya menahan ideologi komunis mereka atas pelbagai desakan. Dap harus di kenakan tindakan tatatertib oleh RoS dan kerajaan PH berhubung dengan hal ini,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO-Online.

Tegasnya kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Dap itu berbaur hasutan dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan seperti ini boleh mencentuskan pelbagai perkara yang tidak di ingini…, tetapi, seperti biasa, Dap akan menarik balik kenyataan kerana cukuplah bagi mereka untuk ‘spark’ perhatian rakyat terhadap agenda mereka.”

Sebuah portal Jumaat lalu melaporkan Chew Chong Sin mendakwa insiden tembakan di Christchurch menjadi pengajaran kepada Malaysia perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Chong Sin turut bimbang kerjasama UMNO dan Pas mampu menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama namun bagaimanapun kenyataan itu ditarik balik selepas mendapat kecaman pelbagai pihak. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.