Jangan Ambil Mudah Walaupun Sokongan Kepada Tok Mat Amat Positif

  REMBAU, 4 April – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat penerimaan penduduk tempatan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat cukup baik. Namun pada masa yang sama beliau turut mengingatkan jentera parti agar tidak mengambil mudah malah terus berhati-hati sehingga ke hari pembuangan […]

» Read more

Pindaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 Perlu Restu DUN Sarawak Terlebih Dahulu

KUALA LUMPUR, 4 April – Blok pembangkang hari ini sepakat menyokong Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bagi membantah cadangan pindaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 Perkara 1 (2). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pindaan tersebut tidak perlu dibentangkan sekarang dalam keadaan terburu-buru malah beliau merasakan pindaan yang hendak dilakukan itu seolah-olah mepermainkan Perlembagaan. “Blok pembangkang bersetuju bahawa pindaan […]

» Read more

Projek Hub Kapal: Pemimpin PH Jangan Memperbodohkan Rakyat

JOHOR BAHRU, 3 April – “Janganlah memperbodohkan rakyat lagi, sudah hampir setahun dibohongi janji-janji palsu selama ini.” Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang mempertikaikan kesibukan Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse dan beberapa lagi EXCO mengadakan lawatan ke sebuah kilang perabot di Zhejiang, China. Hairi berkata mereka tidak mengetahui […]

» Read more

Cadang Pindah Kilang Di Pasir Gudang Tidak Praktikal, Mundur

JOHOR BAHRU 3 April – Keputusan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian untuk memindahkan kilang yang beroperasi di Pasir Gudang jelas menunjukkan betapa tersasar dan kelirunya pemikiran kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pasir Gudang semenjak dari awal lagi dibangunkan sebagai kawasan perindustrian terutama dengan kedudukannya yang strategik menjadi pemangkin pertumbuhan pesat […]

» Read more

Tekad PAS, Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

REMBAU, 1 April – Komitmen PAS berada di tahap tertinggi dalam membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, ujar Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu, selain membantu BN berkempen mendekati pengundi-pengundi mereka, kemuncaknya adalah penglibatan Presiden, Datuk […]

» Read more

PAC Bermotif Politik, Isu ‘Morally Wrong’ Tidak Berbangkit… Bercanggah Janji Pilihan Raya PH

JOHOR BAHRU, 27 Mac – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat pengekalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee membuktikan isu ‘morally wrong’ dalam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbangkit. Sebenarnya kata beliau, kalau Ronald Kiande bermaruah dia sendiri akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC kerana dia sudah melompat ke […]

» Read more

Statut Rome – Menteri Dibidas Beri Jawapan Putar-belit

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican membidas jawapan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan penerangan yang diberi dalam isu Statut Rome. Jelas beliau, jawapan yang diberi menggambarkan seolah-olah keputusan kerajaan menandatangani perjanjian Statut Rome sememangnya tidak mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong. “Sebab itu semua sedia maklum dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh menteri, […]

» Read more

JKM Yang Tentukan, Bukan Wakil Rakyat – Noraini

KUALA LUMPUR 26 Mac – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad mempersoal kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mengenai kolum tandatangan wakil rakyat dalam permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini kerana kenyataan Hannah semalam bahawa bermula 1 Julai tahun lalu pemohon bantuan JKM tidak perlu mendapatkan tandatangan daripada wakil rakyat. Menurut Noraini, amalan mendapatkan […]

» Read more

Pengajaran Pencemaran Kimia Dan Keperluan Menyegerakan Hospital Pasir Gudang

JOHOR BAHRU, 24 Mac – Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tragedi pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang memberi dua pengajaran yang sangat besar kepada Kerajaan Negeri Johor dan seluruh masyarakat. Pertama, katanya, tentang keperluan untuk Kerajaan Negeri memperkemaskan prosedur serta garis panduan sedia ada berhubung pengurusan kes kecemasan atau eeékrisis alam sekitar. “Ini […]

» Read more

Masih Mahu Nafi Sedangkan Naratif Pemikiran Dap Masih Dalam Kerangka Kaum

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas Dap yang masih menafikan bahawa mereka adalah parti yang berfikir dalam kerangka kepentingan sesebuah kaum. Bahkan katanya, dalam konteks perpaduan nasional, pemimpin-pemimpin Dap adalah punca serta pencetus masalah. “Sebenarnya, insiden-insiden membabitkan pemimpin-pemimpin Dap selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan bahawa bukan hanya ‘beberapa pihak dalam Dap’ […]

» Read more
1 363 364 365 366 367 375