Pengajaran Pencemaran Kimia Dan Keperluan Menyegerakan Hospital Pasir Gudang


JOHOR BAHRU, 24 Mac – Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tragedi pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang memberi dua pengajaran yang sangat besar kepada Kerajaan Negeri Johor dan seluruh masyarakat.

Pertama, katanya, tentang keperluan untuk Kerajaan Negeri memperkemaskan
prosedur serta garis panduan sedia ada berhubung pengurusan kes kecemasan atau eeékrisis alam sekitar.

“Ini kerana, adalah jelas dan terbukti bahawa kelembapan dan kegagalan
Kerajaan Negeri untuk bertindak tangkas dan segera menjadi antara penyumbang yang memburukkan keadaan di Pasir Gudang tempoh hari.

“Saya yakin, dengan adanya garis panduan serta prosedur yang lebih kemas,
jelas dan tegas, pastinya kelewatan tindakan seperti ini tidak akan berulang. Ia akan membolehkan Kerajaan Negeri, khususnya YAB Menteri Besar bertindak pantas dan cekap. Tidak kiralah pada waktu kejadian tersebut Menteri Besar berada di Jerman atau Batam atau mana-mana sahaja pelosok dunia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kedua, beliau percaya tragedi pencemaran kimia ini wajar menjadi faktor pendesak dan pemangkin kepada penyegeraan pembinaan Hospital Pasir Gudang yang telah dirancang lama.

“Semasa pentadbiran saya, antara perkara utama dan paling kritikal yang sangat mengambil masa untuk diselesaikan adalah rundingan untuk memastikan Hospital tersebut dibina di kawasan yang sesuai dan praktikal.

“Ini menyebabkan berlakunya penukaran tapak dalam cadangan asal yang dinilai
sebagai tidak sesuai, sekali gus memakan masa kerana keperluan mencari tapak baharu yang lebih sesuai.

“Akhirnya, perkara ini telah pun berjaya diselesaikan. Peruntukan sudah diumumkan dan proses pecah tanah juga telah dilakukan pada 4 Mei 2018. Namun, sehingga kini nampaknya masih belum ada sebarang perkembangan 1dan kemajuan.”

Tegasnya, Kerajaan Negeri sepatutnya serius meneruskan pelan ini dengan segera bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan, malah, perkara ini telah turut mendapat perhatian daripada DYMM Sultan Johor yang menitahkan agar ia disegerakan.

“Yang pasti, kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai sebuah kawasan industri dan mempunyai penduduk yang ramai mesti dilengkapkan dengan infrastruktur serta prosedur keselamatan yang menyejahterakan semua pihak. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.