Projek Hub Kapal: Pemimpin PH Jangan Memperbodohkan Rakyat


JOHOR BAHRU, 3 April – “Janganlah memperbodohkan rakyat lagi, sudah hampir setahun dibohongi janji-janji palsu selama ini.”

Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang mempertikaikan kesibukan Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse dan beberapa lagi EXCO mengadakan lawatan ke sebuah kilang perabot di Zhejiang, China.

Hairi berkata mereka tidak mengetahui terdapat usahawan sulit dari Putrajaya mengadakan majlis menandatangani perjanjian pelaburan antarabangsa di antara KA Petra Sendirian Berhad dan Hutchison Port Holdings Limited, Hong Kong di negeri Johor.

“Ada sesuatu yang pelik tapi ia benar-benar berlaku?”

Beliau berkata perjanjian ini di percayai bertujuan membangunkan Worlds Largest Ship to Ship Hub dalam perairan pelabuhan Johor Bahru walaupun Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik tindakan menandatangani perjanjian tersebut.

“Perjanjian sudah di meterai… bagaimana projek sebesar ini boleh berada luar pengetahuan kerajaan negeri pimpinan Datuk Osman Sapian tetapi kerajaan negeri terus mendiamkan diri.

“Apakah beliau berselindung di sebalik usaha sama ini di jalankan? Adakah ada udang disebalik batu?” katanya kepada UMNO-Online.

Sehubungan itu, katanya, Osman perlu memberikan penjelasan terperinci tentang perkara tersebut.

“Rakyat Johor tidak akan sesekali berkompromi terhadap kerajaan yang gagal ini.”

Menurutnya kehadiran Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pengangkutan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri menambahkan tanda tanya dan kecurigaan kepada rakyat, apakah usaha sama yang di jalankan ini tidak berada dalam pengetahuan kerajaan Negeri Johor?

“Kedaulatan dan hak istimewa Negeri Johor perlu di pelihara dan di jaga, jangan ada orang lain yang mencorak negeri tanpa pengetahun kita, ianya amat memalukan,” tegasnya lagi.

Ahad lalu, TMJ melalui catatan di Facebook mendakwa Putrajaya langsung tidak berunding dengan kerajaan Johor berhubung projek itu.

Katanya, Putrajaya yang mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen, perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Tunku Ismail turut mendakwa syarikat terbabit mendapat layanan istimewa dari Putrajaya kerana ia membabitkan kroni pemimpin tertentu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.