Dr Asyraf Ingatkan Ahli Parlimen PH Jangan Cemari Kemuliaan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Isu gelagat segelintir Ahli-ahli Parlimen khususnya di blok pembangkang yang tidak menghormati Dewan Rakyat dalam perbahasan dan tidak beretika hingga seorang daripadanya diarahkan keluar dewan jelas mengecewakan, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda sebagai pelapis […]

» Read more

Hentikan Ungkit Mengungkit, Fokus Isu Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi berpandangan usah pertikaikan kesetiaan dan keikhlasan UMNO dalam kerajaan hari ini dan pada masa yang sama tidak perlu mengungkit soal siapa patut menghargai siapa. Tegas beliau semua tahu, permuafakatan membentuk kerajaan hari ini lahir daripada pengorbanan dan tolak ansur semua pihak. “PPBM berkorban meninggalkan Pakatan Harapan […]

» Read more

Individu Bersikap Patriotik Diambil Tindakan? Saifudin Jangan Terbawa-bawa Sikap Zaman PH – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan melihat sikap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang bersungguh-sungguh mahu mengambil tindakan terhadap pengacara Bernama TV Herleena Pahlavy. Ini kerana katanya, hanya disebabkan Herleena menggelarkan agensi berita antarabangsa Al Jazeera sebagai ‘Al Jahiliyyah’, atas dokumentari palsu dan memburukkan imej negara dalam […]

» Read more

Lagi Kenyataan ‘Hentam’ Menteri PBLB: Ingat Siapa Kita… – Farid Nor

KUALA LUMPUR, 9 Julai – “Ingat siapa kita dan di mana kita berada kerana semua hanya sementara… jadi jangan marah, bila tiba masanya, tempat itu kita ambil balik,” ujar Ketua Pemuda UMNO Pahang Farid Nor. Ujar Farid, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memujuk ahli UMNO menerima beberapa individu tertentu yang meninggalkan perjuangan di saat UMNO jatuh dan apabila ahli UMNO […]

» Read more

Komitmen, Disiplin Jentera PRK DUN Chini Tahap Tertinggi… Bantu Cipta Kemenangan

PEKAN, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib berkata semua Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian (KPB) seluruh Pahang telah menunjukkan komitmen dan disiplin begitu tinggi untuk memastikan kemenangan besar parti di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Sabtu lalu. Katanya, sebagai pemimpin muda contoh, mereka bukan jenis sekadar berpeluk tubuh […]

» Read more

“YB Fahmi Fadzil, Anda Adalah YB Cap Ayam”… PKR Jangan Jadi Tali Barut Media Asing – Shahrul

KUALA LUMPUR, 8 Julai – “YB Fahmi Fadzil, anda adalah YB Cap Ayam,” bidas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin. Tegasnya, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempertahankan media asing Al Jazeera adalah satu tindakan bersifat bodoh dan tidak patriotik. “Tidak wajar bagi seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) membuat kenyataan kononnya kesal dengan tindakan Datuk Seri […]

» Read more

Tak Hormat Semangat Setiakawan PN… Lupakah Abdul Latiff? – Hairi

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor kecewa dengan kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad  yang langsung tidak menjaga semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN). Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata Dr Latiff semakin lupa bahawa UMNO yang banyak membantu dan memberi semangat kepada kerajaan PN. “Ketahuilah dan sedarlah Dr Latiff bahawa […]

» Read more

Letak Jawatan Segera, Patutnya Jaga Kepentingan Rakyat Tapi Latiff Asyik Berpolitik – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Tuduhan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang mendakwa kononnya UMNO di Sabah tidak lagi ‘laku’ adalah tidak berasas. Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, pandangan beliau juga boleh dipersoalkan kerana jika dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kimanis, ia telah dibuktikan sebaliknya iaitu UMNO […]

» Read more

Kenyataan Biadap, Angkuh… Latiff Wajar Letak Jawatan – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius video tular kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai sebuah “parti yang tidak laku”. Tegas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kenyataan biadab dan angkuh seperti itu tidak harus diungkapkan oleh seorang yang sudah berstatus menteri dalam sebuah kerajaan yang terbentuk […]

» Read more

Tiada Serangan Peribadi… Jadikan PRK DUN Chini Contoh Terbaik – Fadzli

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang berakhir Sabtu lalu menterjemahkan beberapa iktibar khususnya soal kempen yang berlangsung dengan penuh harmoni dan beretika. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata paling menonjol adalah bentuk kempen yang mana boleh dipraktikkan selepas ini apabila dilihat tidak berlakunya serangan berbentuk peribadi mahupun tohmahan […]

» Read more
1 349 350 351 352 353 503