PRK Chini: Japen Laksana Program ‘Info On Wheel’ Buat Hebahan Pengundian

PEKAN, 2 Julai – Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Pahang melaksanakan program ‘Info On Wheels’ (IOW) untuk membuat hebahan mengajak pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, supaya keluar mengundi Sabtu ini. Pegawai lapangannya, Mohd Faizul Effendy berkata enam unit kenderan IOW digerakkan ke 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM), bagi melaksanakan program berkenaan selama dua hari […]

» Read more

Kuliah, Solat Dhuha, Kelas Mengaji Dan Fardu Ain Dibenar Mulai Minggu Ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kerajaan hari ini membenarkan kuliah, solat dhuha, kelas mengaji dan fardu ain untuk diadakan di masjid serta surau bermula minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau. “Masjid dan surau juga […]

» Read more

Mahdzir Seru Jentera BN Kekalkan Momentum, Capai Keputusan Tahap Maksimum

PEKAN, 30 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru jentera Barisan Nasional (BN) agar terus berusaha dengan lebih keras dalam menjalankan aktiviti berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Ini kerana katanya, agar BN yang dibantu rakan Muafakat Nasional dari PAS dan rakan parti-parti yang lain mampu mencapai satu keputusan di tahap paling […]

» Read more

Naratif Politik Wanita : Perjuangan Dan Cabaran Semasa

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pembabitan wanita dalam arena politik amat besar kerana wanita menyumbang 60 peratus perayu undi yang mampu mengubah landskap dalam menentukan pembentukan kepemimpinan negara ini. Landskap politik di Malaysia menunjukkan wanita semakin diterima dan diberi peluang sama rata sama ada sebagai perayu undi dan calon wakil rakyat dalam pilihan raya. Setiap tahun jumlah wanita yang terbabit […]

» Read more

“Memang Tepat… Bossku Buat Pilihan Hantar BN Juga, Apa Lagi Kita Hendak” – Pengundi

PEKAN, 22 Jun – Masyarakat Orang Asli amat menerima baik keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan Mohd Sharim Md Zain, 41, sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Menurut seorang pemimpin masyarakat Orang Asli di Kampung Gumum, Din Husin, 53, Mohd Sharim sememangnya layak menggantikan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun sebagai ADUN di kawasan mereka. […]

» Read more

TNB Jamin Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Tidak Jejas Operasi

KUALA NERANG, 21 Jun – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan yang diumum kerajaan semalam, tidak akan memberi kesan terhadap operasi dan perkhidmatannya menyediakan bekalan elektrik kepada pengguna. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun bantuan itu merangkumi pemberian elektrik percuma selama tiga bulan kepada empat juta pengguna, semua perkara terutama melibatkan penyelenggaraan infrastruktur TNB berjalan […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik: Tanda Penghargaan Rakyat Sebagai Barisan Penting Lawan COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Jun – UMNO menyambut baik dan amat berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Elektrik yang memberi kelegaan kepada rakyat terutama empat juta atau 55.2 peratus pengguna domestik yang menikmati bekalan elektrik percuma bermula April hingga Jun ini, kata Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan. Ujarnya, mendengar suara rakyat juga menjadi bukti prestasi kerajaan ditahap terbaik dalam […]

» Read more

PRK DUN Chini: Muafakat Pilihan Raya Norma Baharu – Norshida

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini amat unik kerana pertama kali dalam sejarah negara ianya diadakan ketika seluruh dunia bertungkus-lumus dengan iltizam serta semangat juang yang tinggi untuk melawan pandemik COVID-19. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata ini kali pertama parti politik berhadapan PRK dalam keadaan tidak boleh berkumpul ramai-ramai dan […]

» Read more

KKMM Teruskan Program Info On Wheels

PEKAN, 18 Jun – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan meneruskan program penerangan pandemik wabak COVID-19, Info On Wheeks (IOW) walaupun negara sudah memasuki peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sebanyak 8,146 program IOW telah dilaksanakan di 40,822 lokasi di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac hingga Selasa lepas. […]

» Read more
1 347 348 349 350 351 374