Penjualan MyKad Kepada Warga Asing Pengkhianatan Kepada Negara Dan Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 29 April – Laporan Ketua Audit Negara 2018 (Siri 2) bulan Disember 2019 menimbulkan tanda tanya dan persoalan di mana terdapat lebih 100 ribu orang warga asing tiada rekod keluar dari Malaysia dan masih berada dalam Negara. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata persoalan yang wajib dirungkaikan di manakah mereka tinggal, adakah mereka ini pendatang haram atau […]

» Read more

Kerajaan Perlu Kaji Semula Dasar Terhadap Pelarian Negara Asing – Norshida

KUALA LUMPUR, 28 April – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berpandangan kerajaan perlu mengkaji semula dasar terhadap pelarian dari negara asing yang memasuki Malaysia. Menurut beliau kerajaan perlu bertindak dengan melihat semula dasar yang sedia ada dari sudut-sudut tertentu seperti layanan, kemampuan kerajaan, punca dan daya tarikan yang mendorong mereka memilih untuk datang ke Malaysia. “Isu pelarian Rohingya di […]

» Read more

Pembangunan Di Rumah Panjang Bukit Kiara Sama Sekali Tidak Sentuh Taman Rimba – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 11 April – “Saya akan pastikan 100 keluarga di Rumah Panjang Bukit Kiara mendapat hak mereka dan saya beri jaminan tidak akan ada walau sebatangpun pokok di Raman Rimba Bukit Kiara yang akan diusik,” ujar Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Justeru jelas beliau, jangan ada pihak yang berani menyebarkan khabar angin kononnya pembangunan yang mahu dibuat […]

» Read more

‘Ekonomi Terhenti Secara Mendadak’, Beri Impak Besar Kepada Sektor Utama Negara – Saarani

IPOH, 8 April – Fenomena ‘ekonomi terhenti secara mendadak’ akibat pandemik COVID-19 memberi impak yang cukup besar kepada sektor utama negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad. Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa dilakukan bagi mengekang penularan tersebut mengakibatkan gangguan terhadap […]

» Read more

Bantuan Prihatin Nasional Menyeluruh Pelbagai Lapisan Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 7 April – Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah bertepatan dengan situasi membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi akibat penularan COVID-19 yang menjejaskan rutin perniagaan dan pekerjaan rata-rata rakyat di negara ini. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata langkah sedemikian juga pada masa yang sama dapat meredakan keresahan ramai pihak yang terjejas mata pencarian sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak Umum Portfolio MB, Tujuh Exco Negeri

IPOH, 7 April – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dengan beliau sendiri memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Integrasi Nasional. Ahmad Faizal pada sidang media khas pengumuman itu di sini berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk […]

» Read more

Lawat Bilik Gerakan dan Operasi HCTM

KUALA LUMPUR 4 April — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad ketika hadir melawat bilik gerakan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) bagi mendapatkan taklimat mengenai operasi di hospital dan penerangan mengenai Isopods yang telah sampai untuk digunakan bagi memindahkan pesakit-pesakit Covid-19 hari ini. Foto – FB Dato’ Dr. Noraini Ahmad.

» Read more

COVID-19: Pemuda Kedah Harap Bayaran BPN Dipercepatkan

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berharap bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dipercepatkan sepertimana cadangan yang telah diutarakan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Sambil mengucapkan syabas kepada kerajaan yang memperkenalkan pelbagai inisiatif yang peduli rakyat yang memberi sinar kepada kegelisahan orang ramai, Pemuda UMNO negeri mengambil pendirian yang sama […]

» Read more

Kesiapsiagaan Kerajaan Hadapi COVID-19

KUALA LUMPUR 30 MAC — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi penerangan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, adalah salah satu  langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan […]

» Read more
1 349 350 351 352 353 374