Naratif Politik Wanita : Perjuangan Dan Cabaran Semasa

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pembabitan wanita dalam arena politik amat besar kerana wanita menyumbang 60 peratus perayu undi yang mampu mengubah landskap dalam menentukan pembentukan kepemimpinan negara ini.

Landskap politik di Malaysia menunjukkan wanita semakin diterima dan diberi peluang sama rata sama ada sebagai perayu undi dan calon wakil rakyat dalam pilihan raya.

Setiap tahun jumlah wanita yang terbabit dalam politik juga semakin meningkat, termasuk dilantik sebagai wakil rakyat mahupun sebagai menteri dalam barisan Kabinet, sekali gus mewakili pelbagi rakyat yang berbilang kaum dan agama secara keseluruhannya.

Cabaran wanita dalam menjadi calon pilihanraya di lihat semakin kental dan bersemangat waja untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Wanita yang bergelar seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah mampu untuk menjadi pemimpin yang lebih cemerlang dalam arena politik negara. Keterbukaan parti politik dalam negara menerima wanita sebagai calon semakin menyerlah ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Kita juga dapat melihat perubahan besar dalam PRU14 apabila ramai calon wanita yang menjadi wakil rakyat sehingga menjadi Ahli Parlimen. Wanita adalah golongan yang istimewa kerana peranan mereka sangat besar dalam politik bermula dari peringkat bawah sehingga jawatan tertinggi.

Dalam perjuangan demi rakyat, wanita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pelbagai aspek sehingga membuatkan wakil rakyat wanita semakin yakin serta ampuh dalam setiap tindakan yang dilakukan. Wanita yang menceburi arena politik wajar untuk sentiasa mengamalkan politik matang dan menolak kepada politik kebencian yang melampau khususnya terhadap agama dan perkauman.

Wanita juga harus fokus kepada isu politik semasa, dasar dan polisi yang akan memberi kesan positif demi kepentingan rakyat. Wanita juga harus berani menyatakan pendirian demi memperjuangkan nasib rakyat dalam kehidupan seharian di Malaysia. Tambahan pula, Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin wanita yang berani, lantang memperjuangkan prinsip dan perjuangan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Kesimpulannya, perjuangan wanita untuk membela nasib kaum wanita dan masyarakat setempat dalam pembangunan Negara. Ahli politik wanita juga sering menghadapi halangan-halangan yang menjadi cabaran untuk wanita terus maju.
Kepada pemimpin tertinggi negara, di cadangkan agar wanita di beri peluang sama rata sama seperti ahli politik lelaki dan kita patut menolak persepsi wanita sebagai golongan lemah. Wanita juga berkemampuan dan berkredibiliti seperti ahli politik lelaki.

Peranan wanita sebagai isteri, ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin perlu dititiberatkan. Usaha-usaha yang konsisten ke arah meningkatkan tahap penglibatan wanita dalam pasaran buruh, perniagaan dan politik perlu diperhalusi lebih mendalam oleh pihak kerajaan demi pembangunan mapan Negaraku Malaysia.

Wanita beriman martabatnya tinggi,
Memelihara akhlak dia dihormati,
Membela agama dia serikandi,
Menegak negara dia tiang seri.

Salam perjuangan buat Wanita Malaysia

Hajah Norshida Ibrahim
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.