PRN Sabah: Jentera BN Siap Sedia Pastikan Sokongan Pengundi

KOTA KINABALU, 8 Sept – Barisan Nasional (BN) siap sedia laksana gerak kerja bagi memastikan pengundi-pengundi Sabah bersama dalam arus perjuangan dengan melancarkan jentera BN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 Sept depan. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan jentera BN di sini hari ini yang menandakan bahawa parti tersebut bersedia berdepan […]

» Read more

Rakyat Tak Lupa Jasa, Sumbangan Besar BN Dan Allahyarham Datuk Khusairi

TANJUNG MALIM, 28 Ogos – Terlalu banyak jasa Barisan Nasional (BN) dan Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam memberi khidmat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, demikian kata-kata dari penduduk setempat yang ditemui. Menurut Setiausaha Masjid Jamek, Kampung Kuala Slim, Shukeri Razi Mat Said, 50, antara jasa terbesar Khusairi adalah pembinaan masjid yang besar nilainya dan kerana […]

» Read more

Pembetukan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat Lulus 10 Rang Undang-undang

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Hukuman lebih berat bagi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan kebenaran prosiding mahkamah diadakan secara dalam talian antara dua perkara signifikan yang mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai semalam. Masing-masing diluluskan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan melalui tiga rang undang-undang berkaitan mahkamah iaitu […]

» Read more

Realiti Kehidupan Miskin Bandar Semasa PKP

LAPORAN terkini Families on the Edge (Siri Ogos 2020) yang diterbitkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) adalah penting untuk memahami realiti kehidupan miskin bandar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Merujuk kepada laporan tersebut, keluarga berpendapatan rendah amat terjejas dengan realiti tersebut. Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 4 ketua […]

» Read more

Kerajaan Hasrat Lahir Lebih Ramai Pakar Dalam Bidang Kesuburan – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang kesuburan untuk menjadikan negara sebagai antara destinasi pelancongan perubatan dan tempat rujukan rawatan kesuburan di rantau ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kewujudan Pusat Reproduktif Maju (ARC), di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pusat rujukan “onkofertility” pertama di Malaysia […]

» Read more

Dap, PH Janji Berdentam-Dentum… Tiba-Tiba ‘Kantoi’ Tipu Manifesto – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata, bukan soal betul atau salah cara pemberian kontrak rundingan terus yang dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tetapi apa yang ditekankan adalah soal janji Pakatan Harapan (PH) yang begitu lantang bersuara kononnya di bawah pentadbiran mereka tiada lagi ‘direct nego’ (runding terus) yang diamalkan. […]

» Read more

101 Projek Rundingan Terus: Dap Terbukti Cakap Tidak Serupa Bikin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Penganalisa Politik tempatan, Azizi Safar berkata, isu 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion yang dibongkar oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam dalam Sidang Dewan Parlimen bukanlah mengenai siapa yang dapat projek daripada bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tetapi ia adalah berkaitan integriti Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan janji […]

» Read more

Kemenangan BN Pada PRK Slim ‘Booster’ Untuk PRN Sabah, Gambaran PRU – Ismail Sabri

  TANJUNG MALIM, 21 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos nanti boleh dianggap ‘booster’ kepada rakan-rakan jentera parti untuk menghadapi  Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selain gambaran terhadap Pilihan Raya Umum (PRU). Menurut beliau keputusan yang akan dicapai […]

» Read more
1 337 338 339 340 341 360