Azalina Dimasyhur Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa hari ini. Pelantikan Azalina, 57, yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu adalah bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini. Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin […]

» Read more

Pengertian, Penghuraian Hijrah Sangat Besar… Bukan Sekadar Mekanisme Bela Diri

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkataan hijrah mempunyai pengertian serta penghuraian yang sangat besar. Katanya, ia bukan sekadar mekanisme membela diri. “Apabila perkataan hijrah digunakan saya kira tak perlu mohon maaf. Hanya penghuraian. “Apakah hijrah saudara sama seperti hijrah Rasulullah? Mekah ke Madinah hanya tempat. Namun pengertian yang lebih […]

» Read more

Komitmen, Disiplin Jentera PRK DUN Chini Tahap Tertinggi… Bantu Cipta Kemenangan

PEKAN, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib berkata semua Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian (KPB) seluruh Pahang telah menunjukkan komitmen dan disiplin begitu tinggi untuk memastikan kemenangan besar parti di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Sabtu lalu. Katanya, sebagai pemimpin muda contoh, mereka bukan jenis sekadar berpeluk tubuh […]

» Read more

Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al Jazeera

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai […]

» Read more

Beramah Mesra Dengan Peserta Kursus

CHINI 2 Julai — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra dengan para peserta pada Majlis Perasmian Kursus Penyembelihan Syarie Dan Seminar Fiqh Wanita Peringkat Negeri Pahang di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di sini hari ini. Foto–FB Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

PRK Chini: Kempen Sudah Meliputi 60 Peratus – Mohd Sharim

PEKAN, 27 Jun – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain berkata, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kini sudah meliputi 60 peratus. Justeru bagi baki hari kempen selanjutnya, beliau akan cuba untuk terus turun berjumpa dengan pengundi di sini. “Mengakhiri kempen minggu pertama di sini kita sudah meliputi 60 peratus, jadi baki selebihnya saya […]

» Read more

Memperkukuh Kerjasama

PUTRAJAYA 16 Jun — Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein bergambar bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Sri Wan Rosdy Wan Ismail selepas mengadakan pertemuan di sini hari ini. Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Datuk Seri Syed Ibrahim Syed serta Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular 10.30 Pagi, 11 Jun – KKMM

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini. 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan laporan media tentang pembatalan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum […]

» Read more

Kerajaan Perak Bantu Gelandangan Peroleh Kerja – Dr Wan Norashikin

IPOH, 5 Jun – Kerajaan negeri Perak telah membantu seramai 10 daripada 89 gelandangan yang ditempatkan di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Semasa COVID-19 negeri Perak, memperoleh pekerjaan. Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata kesemua mereka ditawarkan bekerja oleh majikan yang terdiri daripada pengusaha kedai mencuci kereta, pengusaha kedai makan serta pemilik […]

» Read more
1 339 340 341 342 343 360