COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan. Jelasnya, […]

» Read more

Dua Lagi Kluster Dikenal Pasti, Jumlah Kluster Aktif Kini 39 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dua lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Malaysia sebanyak 39 kluster. Dr Noor Hisham berkata Kluster Batu dikenal pasti hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli […]

» Read more

COVID-19: MIC Tangguh Semua Konvensyen Negeri

TAPAH, 2 Okt – Konvensyen MIC yang sepatutnya berlangsung di seluruh negara bermula hari ini sehingga 8 Okt depan, ditangguhkan serta-merta berikutan penularan wabak COVID-19 yang membimbangkan kini. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata presiden parti, Tan Sri S.A. Vigneswaran telah mengeluarkan arahan mengenai perkara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 yang begitu ketara. “Hari […]

» Read more

Hentikan Sandiwara Salahkan Pemimpin Tertentu, Undur Selangkah Bukan Bererti Kalah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Sept. – “Saya berharap kepada pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, hentikanlah tindakan tersebut.” Demikian tegas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mahukan akan polemik politik tempatan dinoktahkan. Katanya, semua pihak perlu berlaku adil dan jangan rugikan parti dengan agenda peribadi. “Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan […]

» Read more

Insiden Parapet Hempap Kereta: Tindakan Undang-Undang Akan Diambil – Fadillah

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden parapet atau panel konkrit tembok sisi jambatan yang terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada 19 Sept lepas. Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tindakan berkenaan akan diambil selepas laporan penuh kejadian itu diterima pihaknya. “Selepas terima laporan […]

» Read more

Andi Prihatin Kebimbangan Masyarakat, Negatif Saringan COVID-19

KALABAKAN, 24 Sept. – Calon Barisan Nasional (BN) N71, Andi Muhammad Suryady Bandi memandang serius berkaitan keprihatinan masyarakat terhadap penularan wabak COVID-19 termasuklah dirinya yang sebelum ini didakwa mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif wabak ini. Sehubungan itu, dalam kesibukan berkempen pada hari-hari terakhir, Andi telah meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan saringan penyakit berkenaan. “Alhamdulillah. Tengahari tadi saya telah […]

» Read more

Konkrit Hempap Kereta: DBKL Diminta Semak Peraturan Di Tapak Binaan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan menyemak semula peraturan di tapak pembinaan bagi memperketatkan aspek keselamatan melibatkan orang ramai. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), terjatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandu seorang wanita di […]

» Read more

Jentera BN Tekad Kembali Raih Sokongan, Pastikan Rakyat Tidak Tertipu

TAWAU, 14 Sept – Tempoh 26 bulan Parti Warisan menjadi kerajaan di Sabah sudah cukup untuk membuatkan rakyat melakukan penilaian berbanding Barisan Nasional (BN) dengan melihat parti mana yang lebih baik dalam membela rakyat. Sehubungan itu, melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan pada 26 September, tempoh berkempen akan diaplikasi sepenuhnya oleh anggota jentera BN bagi meraih sokongan […]

» Read more

PRN Sabah: 447 Calon Disahkan Bertanding Di 73 DUN

KOTA KINABALU, 12 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pukul 10 pagi tadi. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu 404 calon adalah lelaki manakala 43 lagi calon wanita. Beliau berkata […]

» Read more

PRN Sabah: Dua Tahun Rakyat Tersiksa Di Bawah Warisan/PH – Ahmad Zahid

  LIBARAN, 11 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua tahun rakyat Sabah tersiksa di bawah pentadbiran Warisan/Pakatan Harapan (PH) dan kini adalah masa terbaik untuk rakyat ubah balik pucuk pimpinan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini. Jelas beliau, kerana itulah rakyat Sabah harus bijak memilih agar nasib rakyat […]

» Read more
1 336 337 338 339 340 360