Akses Kepada Kemudahan Internet Hak Asasi Manusia – Annuar

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Tan Sri Annuar Musa yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini menekankan bahawa akses kepada kemudahan Internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh. Beliau berkata akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia […]

» Read more

Pahang Sudah Penuhi Indikator Untuk Beralih Ke Fasa Tiga PPN – MB

KUANTAN, 24 Ogos – Pahang dijangka bersedia beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara dalam masa terdekat kerana sudah memenuhi indikator ditetapkan bagi tujuan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata antara indikator itu ialah peratusan penduduk yang sudah lengkap divaksinasi selain penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di tahap selamat dan kadar jangkitan […]

» Read more

Pelantikan Ismail Sabri Jaminan Muafakat, Kekuatan Parti – Zolkafly Harun

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – UMNO Perak menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas perkenan baginda melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke–9. Ketua Penerangannya, Datuk Zolkafly Harun berkata pelantikan Naib Presiden UMNO itu menterjemahkan maufakat, kekuatan dan pendirian parti adalah lebih besar dan lebih utama dari segala kedudukan dan jawatan mana-mana individu dan personaliti. […]

» Read more

Ismail Sabri TPM Paling Cepat Dilantik PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Tidak sampai dua bulan mengisi jawatan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu negara. Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu adalah bagi mengisi kekosongan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelapan pada 16 Ogos lepas susulan kehilangan sokongan majoriti […]

» Read more

Laporan Polis Terhadap PM, Kenyataan Campurtangan Urusan Mahkamah Amat Serius

ALOR SETAR, 5 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media semalam yang mana beliau menyebut mengenai adanya unsur mempengaruhi beliau supaya campurtangan urusan mahkamah dalam perbicaraan kes jenayah individu tertentu. Ketuanya, Syed […]

» Read more

Selain Vaksin, Kerajaan Perlu Ada Pelan Tindakan Drastik Turunkan Kes COVID-19 – Iqbal Jamal

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin mengingatkan kepada kerajaan pusat bahawa sudah seminggu berturut-turut kes positif COVID-19 atas 15,000 kes dan angka mereka yang meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan. Tegasnya sementara kerajaan mahu menyelesaikan isu-isu politik semasa, isu kesihatan rakyat itu perlu ada pelan tindakan secara drastik untuk turunkan kes […]

» Read more

Lawatan Kerja Program Imunisasi Covid 19

JEMPOL 1hb Ogos — Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Hj. Salim Sharif mengiringi YB Khairy Jamaluddin dilawatan kerja Program Imunisasi Covid 19 kebangsaan di Dewan Felda Palong 6. Turut hadir YB. Mustapha Nagoor dan Ketua-ketua Cawangan Dun Palong serta Pengarah Penerangan Negeri.- Sumber FB : YB Dato’ Hj. Salim Shariff P127

» Read more

Najib Banding Parlimen Dan PPV, Nyawa Ahli Parlimen Lagi Penting Dari Ribuan Orang Awam?

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – “Agak susah bagi sesiapa yang waras untuk percaya bahawa sidang Parlimen esok perlu ditangguh ke satu tarikh yang belum diumum sebab COVID-19.” Demikian bidas Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mempersoal Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang ditangguhkan seperti dimaklum semalam. “Saya bagi contoh. Pada 12 […]

» Read more

Saya Bukan Setakat ‘Menyalak’ Di FB Tapi Banyak Medium Diguna Sampaikan 10 Tuntutan Rakyat – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap kerajaan tidak terus mendiamkan diri terhadap 10 tuntutan rakyat walaupun Parlimen ditutup semula atas alasan penularan COVID-19. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana beliau menerima pelbagai mesej yang bertanya berkenaan status tuntutan tersebut termasuk i-Citra RM10,000 one-off, moratorium tanpa faedah terakru, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), […]

» Read more
1 334 335 336 337 338 374