Tiada Tindakan Disiplin Terhadap Pegawai Kesihatan Terlibat Hartal – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau pegawai kesihatan kontrak yang menyertai demonstrasi aman “Hartal Doktor Kontrak” semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Ketika menggulung pertanyaan Ahli-ahli Parlimen mengenai penerangan tindakan mengatasi penularan COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini, Dr Adham berkata mereka berhak berkumpul […]

» Read more

Kapasiti PKRC Seluruh Negara Capai 61 Peratus – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Negara kini berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih mencabar terutama dengan kemunculan beberapa varian baharu yang agresif, sekali gus meningkatkan kadar kebolehjangkitan wabak itu di Malaysia. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika membentangkan penerangan mengenai Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berkata peningkatan jangkitan dalam gelombang ketiga […]

» Read more

‘Jangan Campak Gula-Gula Ke Mulut Buaya’, Henti Aniaya Warga Felda – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak supaya pengurusan Felda meletakkan satu tempoh masa baharu untuk tarikh tutup proses mendapatkan tandatangan semua peneroka iaitu pada 23 Julai ini, dianjakkan ke suatu tarikh yang sesuai bagi memberi ruang untuk penjelasan dan sesi hebahan serta penerangan dapat dibuat ke setiap tanah rancangan. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, Felda […]

» Read more

Penularan Varian Baharu Lebih Berbahaya, Kerajaan Perlu Siap Sedia Amaran WHO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau berkenaan amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memaklumkan varian baharu COVID-19 yang lebih berbahaya dijangka menular ke seluruh dunia. Katanya, ini kerana varian sedia yang telah tular sejak tahun lalu juga tidak berjaya ditangani dengan sebaiknya oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Bagaimana pula […]

» Read more

Usah Derhaka Titah Tuanku Yang Mewakili Suara Rakyat

1. Apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah menitahkan supaya Parlimen bersidang untuk bahaskan dan luluskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara tentu ada maksud tersurat dan tersiratnya! 2. Tuanku sudah tentu sedar dan faham keluhan rakyat mengenai kegagalan Darurat menangani Covid-19 sebagaimana yang diluahkan di merata tempat hingga membawa kepada TITAH yang dikeluarkan. 3. Fakta kegagalan Darurat menangani Covid-19 […]

» Read more

Kenyataan Media Palsu Jika Tidak Dipamerkan Di Media Sosial Saya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sebarang kenyataan media yang melibatkan dirinya pasti akan dipamerkan di dalam saluran media sosialnya terutama di Twitter dan Facebook. “Jika tiada, maka perkara itu ‘fake’ (palsu),” tegasnya di platform media sosialnya itu malam tadi. Hari ini tular sebuah kenyataan media kononnya dari Setiausaha Agung UMNO yang berkata […]

» Read more

Generasi Muda Pelapis Negara, Perlu Bijak Tapis Pengaruh Negatif Yang Merugikan Diri – Norshida Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan, agenda pembangunan sumber manusia pendidikan bermula dari sekolah hingga ke peringkat universiti semakin penting kerana negara melalui arus perubahan besar dalam melahirkan insan berkualiti dari segi ilmu, nilai dan keupayaan memimpin. Jelas beliau berasaskan agenda ini, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu […]

» Read more

PdPR Perlukan Modul Menyeluruh Antara Pelajar Bandar Dan Luar Bandar – Norshida

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Wanita UMNO berpandangan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika fasa pandemik yang krikital ini memerlukan modul yang lebih menyeluruh dan perlu di seimbangkan dengan keadaan masyarakat luar bandar di mana mereka mungkin akan tercicir jauh berbanding pelajar di bandar. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata ia perlu dibangunkan oleh tenaga pakar bidang pendidikan, psikologi […]

» Read more

Kenapa Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara Tidak Mahu Dibahaskan?

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sudah terang lagi bersuluh bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mahukan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen sebagaimana kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini. Namun menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, timbul persoalan kenapa masih […]

» Read more
1 335 336 337 338 339 374