Parlimen Wajar Bersidang Paling Kurang 20 Hari, Banyak Perkara Harus Diperbincangkan

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Parlimen wajar bersidang paling kurang sebanyak 20 hari untuk membahaskan banyak perkara mengenai COVID-19 dan juga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Perkara demikian antara tiga cadangan yang dilontarkan oleh Ahmad di Twitternya merujuk kepada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri hari ini yang berkata persidangan khas Dewan Rakyat […]

» Read more

Bersatu Hati Ketika Pandemik COVID Melanda – Norshida

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim mengajak semua pihak untuk bersatu hati ketika pandemik melanda negara hari ini. Dalam satu catatan di Facebooknya, beliau mengulas dan mengharapkan masing-masing agar dapat bekerjasama sebaiknya termasuklah dalam soal pemasangan kawat berduri di kawasan Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. “Saya tertarik […]

» Read more

Ro/Rt: Kadar Turun Laju Puji Diri Sendiri, Bila Naik Buat Tak Nampak

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Penerangan PPBM Datuk Wan Saiful Wan Jan laju buat poster propaganda sebelum ini untuk puji kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya turunkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt. Tetapi setelah kadar ini mengalami trend menaik semula sejak dari lebih dua minggu lepas, Wan Saiful tak kemas kini pula poster propaganda PN, bidas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan […]

» Read more

Program “Outreach” Bantu Percepatkan Rakyat Terima Vaksin – Bung

KINABATANGAN, 27 Jun –  Pemberian Vaksin melalui program “outreach” Vaksinasi Covid -19 di kawasan luar bandar di negeri ini khususnya yang tidak mempunyai akses kesihatan dan masalah perhubungan jalanraya bertujuan untuk memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dicegah dari terus berleluasa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemberian suntikan vaksin melalui program ini yang akan dilaksanakan secara menyeluruh […]

» Read more

Tetapkan Tarikh Tutup Pendaftaran Vaksin, Idea Yang Dangkal, Lemah, Malas – Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Cadangan untuk kerajaan menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin COVID-19 bagi menimbulkan ‘rasa terdesak’ rakyat untuk mengambil suntikan merupakan idea yang tidak bertanggungjawab, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya, sepanjang berkecimpung dalam dunia politik dan pentadbiran kerajaan, beliau tidak pernah mendengar cadangan seburuk itu. “Sebenarnya saya kurang berminat ambil berat kenyataan-kenyataan yang […]

» Read more

Muslihat Kerajaan Elak Peranan Parlimen, Sampai Bila? – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – UMNO akan terus menggesa kerajaan agar mengadakan sidang Parlimen seperti yang dititahkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Ketua Penerangan, Shahril Hamdan. Jelas beliau, apapun tarikh Parlimen bersidang ada suatu perkara yang wajar dibincangkan segera soal sama ada kerajaan akan sekali lagi mencari ruang untuk mengelak peranan […]

» Read more

Spesifikasi Telefon Pintar Diedar Melalui Program TCS Mencukupi Bagi Tujuan PdPR

IPOH, 16 Jun – Spesifikasi telefon pintar yang diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) seperti yang tular kononnya berkualiti rendah, adalah mencukupi bagi membantu golongan itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, pihak Yayasan YTL selaku penyumbang kesemua telefon pintar berkenaan telah memberikan penerangan sebelum ini kepada […]

» Read more

Kerajaan Perlu Jadi ‘Pemudahcara’ Dan Bukannya ‘Penyusahcara’ Untuk Rakyat – Asyraf

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pemuda UMNO berpandangan tidak perlu ditetapkan tarikh tutup pendaftaran Program Imunisasi COVID – 19 Kebangsaan sebagaimana cadangan Ketua Penerangan PPBM. Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pengalaman Pemuda Barisan Nasional (BN) sendiri serta Puteri UMNO mendapati pendaftaran vaksin terutamanya di luar bandar berdepan kesukaran. “Pengalaman Pemuda BN dan Puteri UMNO membantu menggerakkan pendaftaran vaksin […]

» Read more

‘Tarikh Tutup’ Pendaftaran Vaksinasi : Cadangan Seribu Satu Persoalan – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat kenyataan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Wan Saiful Wan Jang yang mencadangkan agar kerajaan menetapkan ‘tarikh tutup’ pendaftaran vaksinasi  menimbulkan pelbagai persoalan. Sepatutnya jelas Puad, sebagai Ketua Penerangan apakah beliau telah menyiasat kenapa rakyat Malaysia perlahan dalam melakukan pendaftaran vaksinasi. “Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful […]

» Read more
1 336 337 338 339 340 374