Ucapan Dasar Presiden Tumpu Peringatan Penting Untuk Ahli Pelbagai Peringkat – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 dilihat memberi beberapa peringatan penting serta menggariskan tindakan yang perlu disusuli oleh ahli parti pelbagai peringkat. Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata ucapan dasar berkenaan membawa satu mesej yang sangat jelas terutama kepada semua pemimpin UMNO di semua peringkat […]

» Read more

‘Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia’ – Teks Ucapan Dasar Presiden PAU 2019

TEKS UCAPAN DASAR PRESIDEN YB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2019 6 DISEMBER 2019 DEWAN MERDEKA PWTC, KUALA LUMPUR “MUAFAKAT NASIONAL PEMACU POLITIK MALAYSIA” SEGALA PUJI KEPADA ALLAH SWT PEMILIK SEMESTA ALAM. SALAM DAN SELAWAT TERHADAP JUNJUNGAN BAGINDA RASULULLAH SAW. 1. Saya juga mengalu-alukan kehadiran teman setia kita dari MCA dan MIC serta teman baharu, PAS. […]

» Read more

Pindaan Perlembagaan Parti Selaras Naratif Politik Baharu – Dr Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Pindaan beberapa Fasal dalam Perlembagaan UMNO adalah bertujuan untuk menjadikan parti selaras dengan naratif politik baharu, ujar Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujarnya, pindaan yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu akan menyentuh beberapa Fasal seperti kedudukan Pergerakan Wanita, keahlian ahli bersekutu, autonomi politik Sabah dan lain-lain […]

» Read more

PH, Bukan Sahaja Hancing, Tetapi Sudah Jadi Badut Lawak Jenaka – Zahida

KUALA LUMPUR, 5 Dis – “Lawan tetap lawan!” Demikian laung Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang membangkitkan semangat perjuangan kepada perwakilan Pergerakan Puteri UMNO bagi menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini yang diibaratkan bukan sahaja hancing, tetapi sudah jadi badut lawak jenaka. Katanya, rekod pemerintahan mereka ialah mencipta kesusahan demi kesusahan kepada rakyat. “Kos sara hidup […]

» Read more

RUU IPCMC: Bukan Sekadar Tangguh, Batalkan Sahaja – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Blok pembangkang tetap menolak penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) walaupun pihak kerajaan menangguhkan bacaan kedua dan ketiga usul Rang Undang-undang (RUU) tersebut ke sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang. Tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain penubuhan IPCMC yang akan menjatuhkan moral pihak polis, apa yang lebih utama bagi kerajaan […]

» Read more

Blok Pembangkang Tolak Usul IPCMC, PH Tak Peduli Pandangan Pakar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, blok pembangkang menolak usul Rang Undang-undang (RUU) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telahpun dibentangkan di Parlimen sebelum ini dan dibawa ke ‘special select committee’ untuk mendengar pandangan dari pihak Polis dan juga orang ramai termasuk pakar perundangan. Katanya, kesemua ‘stakeholders’ dirundingi dan difahamkan […]

» Read more

Hajat Penasihat Dap Tercapai… Adakah Mereka Ada Agenda Lebih Besar? Soal Shabery

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan pandangan yang mengatakan isu abu mayat Mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng sebagai perkara yang kecil. Jika kecil tegasnya, kenapa perlu diacarakan, diheboh dan dibanggakan kerana sudah tentu ia ada makna dan implikasi yang lebih besar dari itu. “Apakah selepas ini […]

» Read more

PAU 2019 Manifestasi Semangat Baharu Selepas Ditekan PH – Megat Zulkarnain

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 yang bakal membuka tirai 4 Dis depan adalah manifestasi kepada semangat baru ahli-ahli UMNO keseluruhan selepas melalui pelbagai cabaran sejak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu. Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata dalam situasi politik semasa UMNO ditekan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pelbagai […]

» Read more

Malaysia Baru Jadi Utopia, Muafakat Nasional Cabaran Naratif Baru

SELEPAS PRK Tanjung Piai, pelbagai pendapat ditinjau tentang masa depan politik negara khususnya berkaitan Kerajaan PH. Demikian juga tentang masa depan politik Muafakat Nasional. Dalam sebuah diskusi Pasca Tanjung Piai: Fakta, Dimensi dan Dinamik anjuran dua badan pemikir dan konsultansi, ZCG dan CENT-GPS pada 22.11.2019, kesemua wakil dari Merdeka Center, Ilham Center, INSAP, dan ZCG menyimpulkan bahawa keputusan Tanjung Piai […]

» Read more

Tender Terbuka, KSU ‘Dikambing Hitam’ Oleh Menteri PH – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa kesal ekoran tindakan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta-merta hasil daripada kesilapan menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Katanya, KSU ini menjadi mangsa akibat dari kelemahan menteri dalam mengendalikan […]

» Read more
1 321 322 323 324 325 342