KWSP Perlu Pamer Belas Ihsan, Pemuda UMNO Pahang Beri Contoh Dua Situasi

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang sekali lagi merayu bagi pihak rakyat agar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempamerkan belas ihsannya kepada mereka yang sedang memerlukan. Kata Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor, jelas kelihatan syarat pengeluaran yang diumum KWSP petang semalam tidak mendapat sambutan baik dari rakyat. “Apa yang dituntut adalah pengeluaran sehingga RM10,000 tanpa syarat […]

» Read more

Belanjawan Negeri Pahang 2021 Menjaga Kesejahteraan Rakyat, Memacu Pertumbuhan Ekonomi – Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN, 16 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang melihat Belanjawan Negeri bagi tahun hadapan tidak mengenepikan kedua-dua aspek penting yang telah dibicarakan sebelum ini iaitu ‘Menjaga Kesejahteraan Rakyat’ dan ‘Memacu Pertumbuhan Ekonomi’. Menurut Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor, pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas bantuan sebanyak RM10 juta kepada anak […]

» Read more

Jangan Terus Manipulasi Isu Penerokaan Haram Di Raub – Pemuda UMNO Pahang

RAUB, 4 Nov – Mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang di negeri ini diingatkan agar tidak terus menjadikan isu pencerobohan tanah di Raub sebagai isu politik apatah lagi sebagai isu perkauman. Sebaliknya jelas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal apa yang berlaku mengenai isu tersebut yang melibatkan penanam durian Musang King adalah soal […]

» Read more

Bantah Tulisan Jawi : Pemuda UMNO Pahang Sifatkan Dap Biadap, Keterlaluan

RAUB, 31 Julai – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal membidas dan kesal dengan tindakan biadab ADUN Tras dari Dap, Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di Pahang. Tambah keterlaluan tegasnya apabila Chow Yu Hui menuduh Kerajaan […]

» Read more

Penghinaan Mural: Negara Akan Hancur Akibat Kebencian, Tiada Hormat-menghormati – Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN, 22 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang berpandangan selaku rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat negeri Pahang, tindakan menghina dan merosakkan potret Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara merupakan suatu tindakan yang amat mendukacitakan dan meninggalkan kesan penghinaan yang amat mendalam kepada mereka. Kata Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor, tidak diketahui apa […]

» Read more

Kenyataan Dr Latiff Rugikan Diri Sendiri, Cuba Robek Keupayaan PM – Penerangan UMNO Pahang

KUANTAN, 8 Julai – Kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi cuba merobek keupayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam meneraju negara bersama rakan-rakan Perikatan Nasional (PN) yang telah berbaiah untuk terus bersama dan berjaya mengukir kemenangan buat negara. Demikian kenyataan yang dikeluarkan Penerangan UMNO Pahang mengulas mengenai kenyataan Dr […]

» Read more

PRK Chini : Ada Atau Tidak UMNO Pahang Tidak Ambil Mudah

  KUALA LUMPUR, 8 Jun – 20 Jun depan merupakan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan pelbagai pihak telah menyatakan pandangan mereka terhadap PRK berkenaan. Bagi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail persediaan ke arah itu tetap dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor dan kemungkinan yang akan berlaku kelak. […]

» Read more

PRK Chini: ‘PH Tidak Ada Harapan’ – Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN, 6 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor  berkata tidak pelik seandainya Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kerana mereka hanya sekadar mengambil peluang membangkitkan isu-isu yang sudah lapuk sepanjang kempen kelak. Katanya, setelah PH kalah di kelima-lima PRK sebelum ini mereka seumpama tiada haluan […]

» Read more

Isu Lynas: Pemuda UMNO Pahang Pelawa Fuziah Berdebat Rungkai Persoalan

KUANTAN, 6 Ogos – Pemuda UMNO Pahang menawarkan satu perbahasan terbuka di antara Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama pihak Pemuda UMNO negeri bagi merungkai persoalan-persoalan dan memberi ruang kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menjelaskan apa yang dimaksudkan melalui surat terbukanya mengenai isu Lynas, kata Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor. Ujar Farid, demi menghormati kedudukan beliau sebagai […]

» Read more
1 2 3 4 5 253