Kenyataan Dr Latiff Rugikan Diri Sendiri, Cuba Robek Keupayaan PM – Penerangan UMNO Pahang

KUANTAN, 8 Julai – Kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi cuba merobek keupayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam meneraju negara bersama rakan-rakan Perikatan Nasional (PN) yang telah berbaiah untuk terus bersama dan berjaya mengukir kemenangan buat negara.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Penerangan UMNO Pahang mengulas mengenai kenyataan Dr Latiff yang mengatakan UMNO sudah tidak laku, merujuk yang berlaku di Sabah.

Menurut Penerangan UMNO Pahang lagi, kenyataan Ahli Parlimen Mersing yang melompat parti itu juga bagaikan melepaskan anjing tersepit atau berkata-kata tanpa mencermin diri sendiri terlebih dahulu.

“UMNO tak rugi sedikit pun. Yang rugi dia sendiri. Bahkan ini hanyalah percubaan untuk memadamkan kepercayaan rakyat kepada negara itu sendiri.

“Dia lupa ucapan terima kasih dia kepada ahli-ahli yang pernah menimang dia ke mercu kejayaan semasa dia ahli UMNO. Dia lupa kejayaan dia di atas nama UMNO dan dia tak ingat lagi anak bangsa dialah yang melonjakkan dia,” tegas kenyataan tersebut lagi.

Penerangan UMNO Pahang juga menyatakan ungkapan Dr Latiff tidak memudaratkan perjuangan UMNO dan Pemuafakatan Nasional.

“Dan dia perlu ingat penghinaan dia itu akan terpalit sepenuhnya ke atas diri dia sama ada dia mahu atau tidak. Selagi dia tidak perbetulkan situasi.

“Rakyat kini tak tengok siapa kamu dan apa kenyataan kamu. Tetapi rakyat ingin tengok bukti dan perilaku pemimpin itu sendiri. Tohmah serta tuduhan takkan menjadi nilai hukuman,” tambah kenyataan itu lagi.

Ulas Penerangan UMNO Pahang, tertubuhnya kerajaan PN adalah hasil kekuatan bersama Melayu dan Muafakat Nasional (UMNO dan PAS) yang telah menggegarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Tun (Dr Mahathir Mohamad) sendiri menggelabah. Akhirnya terpaksa mereka bubar kerajaan mereka tanpa desakan sesiapa.
“Apabila Malaysia tiada berkerajaan Ahli-ahli Parlimen wajib memberi cadangan untuk dipersembah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Di takdir Allah Pemuafakatan Nasional menawarkan rakan-rakan dari Bersatu termasuklah Abd Latif juga maka kita sama-sama bersetuju untuk bersama dan nempersembahkan resolusi yang positif untuk penubuhan sebuah kerajaan,” ujar kenyataan itu.

Seterusnya, Penerangan UMNO Negeri Pahang turut menjelaskan mengapa wujud cadangan sebuah kerajaan yang baharu atas nama PN.

“Tak lain tak bukan kerana mereka (Bersatu) yakin bersama PH sudah tak boleh tubuh kerajaan. Kerana PKR semakin lemah. Dap banyak buat onar. Ahli-ahli Bersatu ada yang tak nak bersatu seumpama Tun sendiri.

“Maka kepimpinan parti Tan Sri Muhyiddin bersetuju untuk tubuh kerajaan baru yang ditunjangi UMNO dan PAS kerana suara mereka ramai dengan jenama PN, Pemuafakatan Nasional.

“Dan UMNO bersama PAS berbesar hati serta berlapang dada walaupun suara mereka majoriti namun demi ummah memberi laluan besar kepada Bersatu untuk menjadi pemimpin negara,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru, tegas Penerangan UMNO Negeri Pahang, keterbukaan itu juga menjadi bukti kesungguhan kedua parti besar itu mendahulukan kepentingan negara dan rakyat.

“Apa masalahnya YB Abd Latiff ni? Soal Penerangan UMNO Pahang. – UMNO ONLINE

Oleh: Zylan Moha

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.