Tubuhkan Majlis Ekonomi Negara Tangani Isu Ekonomi – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Kerajaan dan pembangkang patut menubuhkan majlis ekonomi negara dan saling bekerjasama untuk menangani isu ekonomi negara dan mencapai objektif bersama – untuk menambah baik ekonomi Malaysia, kata Pengarah Strategik Pemuda UMNO Wan Agyl Wan Hassan. Beliau berkata majlis itu perlu berperanan memantau dasar digubal oleh kerajaan Pakatan Harapan dan diberikan kapasiti untuk menasihat atau mengkritik […]

» Read more

Rayuan Keputusan Petisyen Dun Rantau, Tok Mat Masih Bincang

SEREMBAN, 27 Nov – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan masih berbincang dengan barisan peguamnya keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, meskipun tarikh akhir rayuan semakin menghampiri penghujungnya iaitu Khamis ini. Beliau yang merupakan responden pertama dalam petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram berkata bagaimanapun kertas kerja berkaitan rayuan sudah disiapkan. […]

» Read more

PM, Sila Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin PH Yang Suka Gugat Keharmonian Kaum – Zahida

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Puteri UMNO mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mengambil tindakan segera terhadap beberapa pemimpin mereka yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu mengganggu-gugat keharmonian kaum di negara ini. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan juga mempersoalkan apakah tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terutamanya kepada menteri yang menjadi punca kepada perpecahan rakyat. “Kami memantau dekat isu […]

» Read more

Rakus Kaut Duit Petronas RM82 Bilion, Forex Rugi RM33 Bilion… Itu Tidak Menjahanamkan Negara?

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Adakah tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dengan mudah menjarah wang RM82 bilion dari Petronas untuk tahun ini dan tahun hadapan tidak menjahanamkan negara? Begitu juga dengan skandal perdagangan mata wang asing (forex) berjumlah RM33 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa sebarang aset atau pulangan pada ketika saiz ekonomi negara hanya RM180 bilion ketika di […]

» Read more

Himpunan Aman 8 Disember : Kenapa Ada Pihak Cuba Buat Provokasi Dan Fitnah Melampau?

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris berkata, ada pihak kini yang cuba melakukan provokasi dengan mendakwa bahawa kononnya akan berlaku rusuhan kaum dengan menuduh UMNO dan Pas sebagai parti ektrimis Islam yang akan mencetuskan huru hara pada himpunan ummah pada 8 Disember ini. Menurut beliau, perhimpunan ummah yang bakal diadakan secara […]

» Read more

Cuma Tukar Gelas Baru Tapi Air Tetap Kotor

Itu perumpamaan yang dinyatakan oleh seorang penunjuk perasaan India di Balai Polis USJ semalam. Kerajaan PH menurut beliau umpama menukar gelas baru sahaja tetapi air di dalamnya tetap kotor. Sebenarnya “lebih kotor dan lebih kelat”. Selepas ini sudah tentu Menteri-Menteri India akan ambil jalan selamat dan mendesak supaya pemindahan Kuil Sri Mariamman itu dibatalkan. Ini bermakna keputusan Mahkamah akan dilanggar. […]

» Read more

Himpunan 8 Disember Ini Himpunan Aman Rakyat Cintakan Keamanan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Himpunan aman 8 Disember depan dilihat sebagai penzahiran kepada kecintaan suasana aman dan harmoni yang selama ini dinikmati oleh rakyat Malaysia, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Justeru beliau menyeru seluruh rakyat serta pelbagai pendokong  parti politik baik UMNO mahupun Pas serta NGO lain untuk turun bersama-sama dengan berpakaian putih tanpa […]

» Read more

Pemuda Rakam Dukacita Insiden Di Kuil Seafield, Bidas Exco Selangor Salahkan Orang Islam

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pemuda UMNO hari ini melahirkan rasa sedih serta dukacita berhubung  kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya awal pagi tadi  dan melihat perkara tersebut  amat tidak wajar kerana ianya tidak menggambarkan suasana sebenar di negara ini  yang hidup penuh penghormatan agama serta kaum. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa yang sama […]

» Read more

Tindakan Beli SPLASH Dengan Harga 10 Ganda Lebih Tinggi Jejaskan Pemberian Air Percuma Di Selangor.

KUALA LUMPUR, 26  Nov – Bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada bulan Julai, beliau pernah memberi amaran bahawa langkah kerajaan pusat meminjam dan membenarkan kerajaan Selangor untuk membeli syarikat air swasta SPLASH dengan harga 10 ganda lebih tinggi dari harga tawaran asal akan menjejaskan pemberian air percuma di Selangor. Jelas beliau antara pemegang saham terbesar […]

» Read more

ICERD: Rasiskah Kita? Saksikan Bicara Bekas Ketua Hakim Negara Mengenainya, Malam Ini

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) timbul apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk meratifikasikannya. Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ketika berucap di United Nation General Assembly (UNGA) sendiri telah menyebut di dalam ucapannya bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk meratifikasikan ICERD di dalam perhimpunan antarabangsa tersebut. Tindakan PH tersebut […]

» Read more
1 2,594 2,595 2,596 2,597 2,598 2,755