ICERD: Rasiskah Kita? Saksikan Bicara Bekas Ketua Hakim Negara Mengenainya, Malam Ini


KUALA LUMPUR, 26 Nov – Polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) timbul apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk meratifikasikannya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ketika berucap di United Nation General Assembly (UNGA) sendiri telah menyebut di dalam ucapannya bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk meratifikasikan ICERD di dalam perhimpunan antarabangsa tersebut.

Tindakan PH tersebut telah mencetuskan gelombang bantahan aman dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat kerana ratifikasi konvensyen tersebut terbukti mencampuri urusan agama Islam serta menyentuh kesuciannya seperti yang berlaku di negara Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Islam lain selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 153.

Sebagai rekod, di dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) PH lalu, terkandung dalam dokumen hitam putih tersebut janji-janji mereka untuk menyegerakan usaha meratifikasikan beberapa konvensyen-konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

Pada Jumaat lepas, kerajaan akhirnya tunduk atas desakan rakyat apabila membuat kenyataan media melalui Pejabat Perdana Menteri bahawa PH tidak akan meratifikasikan ICERD.

Justeru itu, semua dijemput untuk menyaksikan bicara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengapa kita perlu menolak ICERD dengan tajuk ‘ICERD: Rasiskah Kita?’

Bicara Tun Abdul Hamid tersebut boleh disaksikan di laman facebook UMNO Online di www.facebook.com/mediaumnomalaysia yang akan disiarkan pada jam 9.00 malam ini. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.