UMNO Sedia Terima Pandangan, Parti Perlu Terus Bergerak Ke Depan

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berpandangan UMNO terbuka menerima pandangan, cadangan mahupun kritikan daripada mana-mana pihak untuk memperbaiki parti dalam usaha mengorak langkah ke depan. Menurut beliau, hari ini bahtera UMNO yang sudah mempunyai pasukan mantap dan kuat sedang dibaik pulih untuk dikemudi dalam landskap politik baru negara dengan penuh […]

» Read more

Tidak Perlu Lagi Beri Komentar Kosong – Annuar Musa

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap agar mana-mana pihak termasuk Pas tidak perlu lagi memberi komen kosong berhubung penggabungan parti tersebut. Menurut beliau, ini kerana parti itu tidak pernah membuat keputusan demikian. “Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan UMNO..UMNO sendiri tidak pernah buat […]

» Read more

UMNO Seperti Sebuah Armada, Jutaan Ahlinya Sanggup Redah Badai Hadapi Musuh

IPOH, 27 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azian Osman mengibaratkan UMNO seperti sebuah armada. Jelasnya, di dalamnya terdapat pelbagai bahtera sama ada induk mahupun berperanan sebagai pengiring yang mempunyai nakhoda bagi mengemudinya. “UMNO adalah sebuah armada, ada kapal induk, kapal pengiring, kapal peninjau dan sebagainya. Setiap kapal ada nakhodanya. “Benar beberapa buah kapal telah bocor dan nakhodanya cabut […]

» Read more

U-Turn Lagi… Dulu Tuduh BN Rasuah, Dedak, ‘Cash Is King’

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya membuat pelbagai tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) atas pelaksanaan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Katanya yang juga Ahli Parlimen Pekan, dahulu PH bukan main kerap lagi tuduh BR1M kerajaan BN ialah rasuah, dedak dan “Cash is King”. “Kini PH […]

» Read more

Tindakan Waytha Moorthy Tidak Wajar

JOHOR BAHRU 26 Dis. – Tindakan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Senator P. Waytha Moorthy bertemu dengan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini pada Ahad lalu untuk meraih sokongan adalah tidak wajar dalam keadaan rakyat masih bersedih dengan pemergian Muhammad Adib Mohd. Kassim. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, motif pertemuan tersebut dipersoalkan yang […]

» Read more

Puad Bidas Sikap Kurang Ajar Ahli Dap

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ahli Dap Ben Singh yang mengemukakan soalan secara kasar, biadap dan rasis terhadap Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang semasa sesi dialog di London baru-baru ini. Jelas beliau, tingkah laku Ben Singh yang mempertikai mengapa Pas membantah pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat […]

» Read more

Dulu Cakap BR1M Dedak, Sekarang…

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Khairy Jamaluddin mempersoal keputusan kerajaan melaksanakan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi fasa pertama dengan menggunakan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dahulu BR1M dianggap sebagai ‘dedak’ iaitu untuk membeli hati rakyat, tetapi kini ia turut digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. “Dulu cakap dedak. Sekarang ini dedak BaSaH. Database pun […]

» Read more

Kos Sara Hidup…Rakyat Terus Tertekan Dan Tanggapan Terhadap PH Meleset

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari melihat tanggapan sesetengah pihak khususnya kalangan pembangkang ketika Barisan Nasional (BN) menerajui negara kononnya rakyat dihimpit kos sara hidup yang tinggi ternyata meleset. Menurut beliau hari ini setelah kerajaan Persekutuan diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) pelbagai rungutan kedengaran apatah lagi menjelang beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2019 […]

» Read more

Sultan Nazrin Lantang Tegur Pemimpin

IPOH, 26 Dis – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merupakan antara Raja yang terkenal dengan kelantangan menegur pemimpin yang tidak amanah, menyeleweng dan cuai dalam tugas hingga menyusahkan rakyat jelata. Raja yang mempunyai daya intelektual dan budi pekerti yang tinggi ini sentiasa menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara. Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan […]

» Read more

5,000 Hadir Himpunan Tuntut Keadilan Untuk Adib

KLANG, 26 Dis – Kira-kira 5,000 orang hadir ke perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni di sini semalam. Peserta perhimpunan hadir mengenakan baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian yang menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dibawa ke muka pengadilan […]

» Read more
1 2,580 2,581 2,582 2,583 2,584 2,764