Tidak Perlu Lagi Beri Komentar Kosong – Annuar Musa

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap agar mana-mana pihak termasuk Pas tidak perlu lagi memberi komen kosong berhubung penggabungan parti tersebut.

Menurut beliau, ini kerana parti itu tidak pernah membuat keputusan demikian.

“Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan UMNO..UMNO sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.

“UMNO akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa… bekerjasama di mana perlu,” katanya menerusi laman Twitter beliau, semalam.

Semalam, beberapa media memetik kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang” di Dublin, Ireland melaporkan bahawa Pas menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya.

Kata Abdul Hadi, gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.