Puad Bidas Sikap Kurang Ajar Ahli Dap


KUALA LUMPUR, 26 Dis – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ahli Dap Ben Singh yang mengemukakan soalan secara kasar, biadap dan rasis terhadap Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang semasa sesi dialog di London baru-baru ini.

Jelas beliau, tingkah laku Ben Singh yang mempertikai mengapa Pas membantah pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat rasis.

“Tingkah laku Ben Sing itu menjawab betapa rasisnya beliau dan kenapa pilihan raya PBT tidak sesuai diadakan semula tidak boleh diterima. Apa demokrasi yang beliau perjuangkan sedangkan beliau sering menganggu Haji Hadi yang sedang menjawab soalan.

“Sikap rasis beliau terserlah apabila menuduh Hadi hidup di bawah tempurung kerana terikat dengan ajaran Al-Quran buku abad ke-6,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah Puad, pilihan raya PBT adalah salah satu janji pilihan raya Dap dan amatlah menghairankan apabila janji lain yang melibatkan periuk nasi rakyat amat susah ditunaikan tetapi janji yang memihak kepada mereka, cepat sahaja mahu dilaksanakan.

“Kenapa? Sudah tentu Dap mahu mengkukuhkan kuasa mereka terutamnya di bandar. Bandar akan dijadikan sebagai ‘kuasa tawar menawar Dap’ atau ‘bargaining power’ untuk terus dominan dalam politik kuasa di Malaysia.

“Kalau mahu berhujah dari aspek berkhidmat untuk rakyat, Dap sudah lama berkuasa di bandar melalui ahli-ahli Parlimen mereka kecuali Johor Baharu dan Kuantan, tetapi apa sumbangan mereka?

“Wakil rakyat Dap di bandar selalu berat sebelah dalam masalah penjaja kecil Melayu, gerai-gerai Melayu, pemandu teksi yang majoritinya Melayu, kemiskinan bandar yang majoritinya Melayu dan setinggan Melayu kurang diberikan perhatian oleh ahli Parlimen Dap,” jelas beliau.

Justeru Puad melemparkan persoalan, apakah masalah yang sama tidak akan berulang jika ada pilihan raya PBT.

“Mungkin akan berlaku konflik kuasa dan autoriti, pertindihan kuasa, pilih kasih, perkauman, politiking, kempen panas, janji kosong. Bayangkan tanda jalan dan papan iklan tidak lagi menghormati kedaulatan Bahasa Malaysia.

“Melalui kuasa yang mereka pegang di Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah akan dijadikan tekanan kepada mana-mana Menteri Besar dan Menteri apatah lagi dari parti yang berbeza yang memerintah kerajaan negeri dan pusat kerana kuasa PBT di tangan mereka.

“Justeru, pilihan raya PBT wajar di tolak. Ia tidak sesuai dengan geopolitik Malaysia. Isu ICERD sahaja termasuk pembunuhan Adib boleh menimbulkan ketegangan maka apatah lagi dengan pilihan raya PBT,” bidas Puad lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.