Dulu Cakap BR1M Dedak, Sekarang…

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Khairy Jamaluddin mempersoal keputusan kerajaan melaksanakan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi fasa pertama dengan menggunakan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dahulu BR1M dianggap sebagai ‘dedak’ iaitu untuk membeli hati rakyat, tetapi kini ia turut digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Dulu cakap dedak. Sekarang ini dedak BaSaH. Database pun pakai BR1M. Malaysia baharu apa?” katanya dalam hantaran twitter peribadinya hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pembayaran (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari ini dengan mengikut pangkalan data dan kaedah lama.

Guan Eng menjelaskan, kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari 2019.

Menurut beliau, proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan berpendapatan rendah (B40) memerlukan masa panjang untuk dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.