Tindakan Waytha Moorthy Tidak Wajar

JOHOR BAHRU 26 Dis. – Tindakan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Senator P. Waytha Moorthy bertemu dengan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini pada Ahad lalu untuk meraih sokongan adalah tidak wajar dalam keadaan rakyat masih bersedih dengan pemergian Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, motif pertemuan tersebut dipersoalkan yang tidak menghiraukan di sebalik desakan supaya Waytha Moorthy melepasan jawatan.

“Tindakan berjumpa (dengan 20 NGO Johor) sepatutnya dielakkan. Ini adalah perkara yang sensitif dan perasaan ahli keluarga perli dihormati,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Kira-kira 100 wakil daripada 20 NGO dari negeri ini berkumpul di Tropical Inn Hotel di sini pada Ahad lalu untuk menyatakan sokongan terhadap Waytha Moorthy berhubung isu Muhammad Adib.

Antara NGO terlibat adalah Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) Johor yang meminta Waytha Moorthy tidak dipersalahkan dalam konflik kuil di Seafield, Selangor sehingga mengakibatkan kematian anggota bomba tersebut. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.