Nazri Beri Ruang Pimpinan Tertinggi BN Buat Keputusan, Sokong Kerjasama UMNO Dan PAS

  KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak akan hadir Mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Jumaat ini bagi memberi ruang kepada pemimpin tertinggi parti untuk perbincangan mengenai parti tersebut. Pada masa yang sama beliau turut menegaskan langkah itu juga bagi memberi ruang kepada pimpinan parti membincangkan mengenai kedudukannya sebagai […]

» Read more

Siapa Samak Siapa… UMNO/PAS Atau PH? Soal Puad

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak timbul isu UMNO dan PAS perlu disamak sebagaimana sindiran Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin. Bidasnya, yang sedang disamak kini adalah Pakatan Harapan (PH). “Yang sedang disamak ialah PH. Disamak oleh rakyat. Banyak sangat pembohongan dan penipuan. “Dap sudah disamak oleh […]

» Read more

PRK DUN Rantau: Penamaan Calon 30 Mac, Mengundi 13 April

PUTRAJAYA, 6 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan diadakan pada 13 April ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun. Beliau berkata hari penamaan calon PRK itu pula ditetapkan pada 30 Mac, manakala hari mengundi awal pada 9 April. “Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Inklusif Bagi Semua, Satu Sejarah Demi Perjuangan Agama Bangsa Dan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa kerjasama rasmi UMNO dan PAS adalah gagasan penyatuan ummah yang bukan inklusif kepada dua parti ini sahaja tetapi turut membawa rakan gabungan lain. Katanya, kesepakatan ini tidak terhad kepada parti politik kerana ia adalah satu gagasan Nasional yang inklusif bagi semua rakyat Malaysia. “Kita ditanya apakah […]

» Read more

Jika Benar Wujud ‘Rule Of Law’, Dedah Segera Hasil Siasatan Terowong Dasar Laut

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pengamal Undang-undang, Zamri Mohd Isa berkata, sekiranya benar kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mengamalkan sikap ketelusan dan ‘rule of law’ itu benar-benar wujud, maka seharusnya rakyat dimaklumkan berkaitan siasatan isu penuh kontroversi pembinaan terowong dasar laut. Jelas beliau, kes terowong dasar laut yang dulunya sedang dibicarakan tiba-tiba ‘lupus’ setelah kerajaan diambil-alih oleh PH malah ramai […]

» Read more

PRK Rantau : Sesiapa Pun Boleh Menang… ‘Best Man Win’ – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan bertanding dan berpolitik secara matang bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti. Jelas beliau, siapapun yang dipilih oleh rakyat, individu itulah yang akan mewakili mereka kelak dalam menyuarakan permasalahan rakyat di Sidang DUN. “Best […]

» Read more

Tidak Timbul Soal Logo Baru… Ini Bukan Soal Penyatuan Tapi Kerjasama UMNO Dan Pas – Mohamad

  KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak timbul soal logo atau simbol baru kerana mesyuarat antara UMNO dan Pas hari ini bukan soal penyatuan tetapi kerjasama antara dua parti termasuk rakan dalam parti masing-masing. “Ini bukan penyatuan parti tapi kerjasama antara dua parti dan rakan dalam parti masing-masing di atas asas kebersamaan, […]

» Read more

UMNO Dan Pas Umum Kerjasama Rasmi, Fokus Penyatuan Ummah Tanpa Pinggirkan Kemajmukan Negara

  KUALA LUMPUR, 5 Mac – UMNO dan Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO dan Pas hari ini mengumumkan kerjasama rasmi kedua-dua parti dengan agenda utama memfokuskan kepada penyatuan ummah. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, agenda utama kerjasama UMNO dan Pas adalah penyatuan ummah tanpa meminggirkan kemajmukan […]

» Read more

Kemenangan BN Di PRK Semenyih Bukti Rakyat Serik Ditipu Oleh Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Kempen selama 14 hari di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Semenyih telah menyerlahkan sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menambah koleksi janji-janji mereka. Namun begitu, rakyat Semenyih memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai bukti bahawa ia adalah suatu manifestasi suara pengundi yang inginkan perubahan setelah serik ditipu. Demikian kata, Ketua Pemuda […]

» Read more

Khazanah Rugi Besar: Terbukti PH Ketandusan Pelan Konkrit, Hala Tuju Ekonomi Negara – Khairy

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini masih belum lagi menunjukkan apa-apa pelan konkrit dalam membawa ekonomi Malaysia. Katanya, apa yang kedengaran berulangkali adalah idea-idea yang langsung tiada hala tuju ekonomi negara yang jelas. “Yang kita dengar berulangkali adalah hasilkan kereta terbang yang sekejap bukan untuk dijual sekejap untuk […]

» Read more
1 2,523 2,524 2,525 2,526 2,527 2,771