Helikopter TLDM Jalani Tiga Kali Raptai Sebelum Insiden – Khaled

KUALA LUMPUR – Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut. Menurutnya, […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Tragedi Helikopter Bertembung Di Lumut

KUALA LUMPUR, 23 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa nahas yang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini. Nahas itu mengkorbankan 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru […]

» Read more

Kerajaan Negeri Johor Komited Lahirkan Dan Pupuk Bakat Kepimpinan Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 23 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk memupuk bakat kepimpinan serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri. Dalam satu perkongsian di laman sosialnya, Onn Hafiz berkata ia juga selari dengan Teras Keenam Orang Muda Johor di bawah Agenda Maju Johor. “Syukur Alhamdulillah. […]

» Read more

Manfaatkan Medan Persidangan, Akar Umbi Harus Maju Ke Hadapan – Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 23 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengutuskan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan di seluruh negara. Katanya, mesyuarat cawangan kali ini adalah medan untuk memperkasa wadah perjuangan orang Melayu yang sentiasa menghadapi pelbagai rintangan. Jelasnya, ahli-ahli UMNO harus bergerak ke hadapan serta memanfaatkan medan persidangan […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Medan Tepat Akar Umbi Bincangkan Agenda Kukuhkan Parti – SUA

KUALA LUMPUR, 23 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata persidangan UMNO cawangan merupakan medan yang tepat bagi ahli di peringkat akar umbi membincangkan agenda pengukuhan parti. Dalam satu perkongsian di saluran (Channel) WhatsAppnya DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, Dr Asyraf turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli UMNO di semua peringkat cawangan seluruh negara yang berlangsung […]

» Read more

Saranan Pengerusi Bersama MTPN Kedah Dinilai Semula Berasas – Pemuda UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 23 April – Saranan agar Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah dinilai semula dan meletakkan mereka yang sewajarnya terutama pimpinan yang sehaluan dengan kerajaan pusat berasas. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan berkata penilaian semula itu amat penting dalam usaha melestarikan lagi pembangunan negeri berkenaan demi kepentingan rakyat serta negeri Kedah itu sendiri. […]

» Read more

Persidangan Cawangan Rutin Tahunan Buktikan UMNO Sebuah Parti Berorganisasi – Sharkar

KUALA LUMPUR, 23 April – Persidangan UMNO Cawangan seluruh negara yang bermula semalam merupakan rutin tahunan ahli parti di akar umbi dan inilah sebenarnya kelebihan yang ada pada parti berkenaan sejak sekian lama. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata rutin tersebut memperlihatkan UMNO adalah parti berstruktur dan lengkap organisasinya daripada atas hinggalah ke peringkat […]

» Read more

BHEUU Sentiasa Terbuka Terima Cadangan, Usaha Perkasa Agenda Reformasi Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 22 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan keterbukaan beliau dalam menerima pandangan pelbagai pihak berkepentingan dalam memperkasa agenda reformasi negara. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata ini termasuk pandangan daripada Majlis Peguam. Azalina demikian ketika pertemuan beliau bersama Presiden Majlis Peguam, Muhamad Ezri Abdul Wahab […]

» Read more

Isu Titah Adendum Perlu Diselesaikan Segera – Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR, 22 April – UMNO Bahagian Alor Setar berpendapat bahawa isu Titah Adendum berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu diselesaikan segera agar tatakelola kerajaan selari dengan perlembagaan. Ketuanya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO Bahagian Alor Setar menyokong penuh tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan Afidavit Tambahan No.3 […]

» Read more

PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN Bertanggungjawab Bantu Calon Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 22 April – Komponen Barisan Nasional (BN) mempunyai tanggungjawab membantu dan memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei depan. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Luar berkata, tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan. “Saya tidak rasa ada isu […]

» Read more
1 941 942 943 944 945 2,485