Manfaatkan Medan Persidangan, Akar Umbi Harus Maju Ke Hadapan – Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 23 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengutuskan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan di seluruh negara.

Katanya, mesyuarat cawangan kali ini adalah medan untuk memperkasa wadah perjuangan orang Melayu yang sentiasa menghadapi pelbagai rintangan.

Jelasnya, ahli-ahli UMNO harus bergerak ke hadapan serta memanfaatkan medan persidangan ini sebagai ruang berkongsi pandangan.

“Sebagai sebuah parti yang merupakan wadah perjuangan orang Melayu, sudah pasti kita akan hadapi pelbagai rintangan. Namun apa jua cabaran, kita mesti terus bergerak ke hadapan. 

“Ayuh manfaatkan medan ini sebagai peluang dan ruang bagi berkongsi pandangan dan idea terbaik demi memperkukuhkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Marilah kita sama-sama doakan, semoga persidangan kali ini berjalan lancar, diberkati Allah SWT jua, insya-Allah. Kepada semua, saya ucapkan Selamat Bersidang.”

Untuk rekod, persidangan cawangan UMNO seluruh negara bermula 22 April 2024 sehingga 2 Jun 2024 manakala mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian akan diadakan bermula 21 Jun 2024 sehingga 29 Julai 2024.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pula akan diadakan pada 21 sehingga 24 Ogos 2024. – UMNO Online


@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.