Mesyuarat Cawangan Medan Tepat Akar Umbi Bincangkan Agenda Kukuhkan Parti – SUA

KUALA LUMPUR, 23 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata persidangan UMNO cawangan merupakan medan yang tepat bagi ahli di peringkat akar umbi membincangkan agenda pengukuhan parti.

Dalam satu perkongsian di saluran (Channel) WhatsAppnya DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, Dr Asyraf turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli UMNO di semua peringkat cawangan seluruh negara yang berlangsung bermula semalam hingga 2 Jun 2024 ini.

“Mesyuarat cawangan kali ini membawa manifestasi tersendiri kepada ahli parti terutama akar umbi.

“Sebarang usul perbahasan harus menjadi simbolik dalam meraih kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini bagi meneruskan perjuangan yang telah dibawa sejak awal penubuhannya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Asyraf yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menyeru semua ahli bersama membulatkan tekad agar UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Pada 26 Jan lalu, selain tarikh Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga elah memutuskan tarikh bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO untuk Tahun 2024.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan diadakan pada 21 Jun hingga 29 Julai manakala Perhimpunan Agung UMNO pada 21 sehingga 24 Ogos. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.