Berambisi Ganti UMNO… Tapi Apa Pencapaian Membanggakan PN Di Perlis? – Fathul Bari

KUALA LUMPUR, 28 April – Kenyataan Menteri Besar Perlis bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu menggantikan UMNO bagi mentadbir negeri dan negara ini perlu disertakan dengan komitmen dan prestasi yang baik, kata Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Mohd Fathul Bari Mat Jahya. Kata beliau, tidak salah untuk PN terus berambisi tetapi perlu menunjukkan pencapaian mereka kepada rakyat. “Semua daripada kita […]

» Read more

Haphiz Yakin UMNO Kembali Bangkit, Jadi Pilihan Rakyat

DUNGUN, 28 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu yakin kepimpinan UMNO hari ini mampu membawa parti itu bangkit kembali. Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata parti ini akan kembali menjadi pilihan rakyat berdasarkan komitmen dan semangat yang ditunjukkan akar umbi dan kepimpinan parti. Jelasnya, biarpun terdapat pihak luar yang melemparkan tohmahan, membuat tuduhan, menabur fitnah dan cuba memecahkan perpaduan […]

» Read more

Pilihlah Calon Kerajaan Perpaduan, UMNO/BN Bantu Raih Sokongan Pengundi – Azhari

KUALA KUBU BHARU, 28 April- Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berpandangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu ini adalah calon yang segar, orang muda dan berpengalaman dari segi pentadbiran. Jelasnya, calon tersebut diterima oleh semua kaum dan UMNO/Barisan Nasional (BN) akan sentiasa membantu bagi memberikan kemenangan pada […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan UMNO Bukti Komitmen, Kesetiaan Akar Umbi

PUTRAJAYA, 28 April – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim melahirkan rasa syukur dan syabas kepada cawangan-cawangan UMNO yang telah melaksanakan persidangan tahunan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Parti. Katanya, persidangan peringkat akar umbi ini amat penting dalam memastikan kesinambungan perjuangan UMNO khususnya bagi mengembalikan kekuatan dan kegemilangan sebagaimana sebelum ini. “Kebersamaan dalam usaha melaksanakan mesyuarat ini […]

» Read more

Majlis Santunan Kasih Syawal Meriah, Ahmad Zahid Santuni Pelbagai Lapisan Masyarakat

PUTRAJAYA, 27 April – Sri Satria menjadi tumpuan malam ini apabila orang ramai memeriahkan Majlis Santunan Kasih Syawal Bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam itu dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan Datuk Seri Ahmad Zahid […]

» Read more

UMNO Sokong Inisiatif Kekalkan Kerajaan Perpaduan Selepas PRU-16

PUTRAJAYA, 27 April – UMNO terbuka dan komited dalam menyokong inisitiatif untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya umum ke-16 (PRU-16) demi kestabilan politik. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti pimpinannya bersedia menyokong sebarang saranan demi mewujudkan sebuah negara yang stabil khususnya dalam aspek politik dan ekonomi. Sehubungan itu beliau berharap semua […]

» Read more

Malaysia Suarakan Pendirian Isu Gaza, Konflik Asia Barat Pada Mesyuarat Khas WEF

RIYADH, 27 April ¬- Malaysia akan menyuarakan pendirian tegas mengenai keganasan Israel di Gaza dan ketegangan geopolitik di Asia Barat pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung dua hari bermula esok. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berharap negara-negara yang dahulunya mempunyai pandangan berbeza dengan Malaysia akan mengambil pendirian sama berhubung isu kekejaman Israel […]

» Read more

Jemput Profesor Pro-Zionis: Pihak UM Seharusnya Faham Soal Sensitiviti Masyarakat

KUALA LUMPUR, 27 April – Pihak Universiti Malaya (UM) seharusnya memahami soal sensitiviti masyarakat dan tidak sewenang-wenangnya meluluskan program yang menjemput seseorang berideologi Pro-Zionis. Menerusi satu kenyataan, Kelab UMNOSiswa UM mengecam tindakan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik apabila menjemput Profesor Pro-Zionis, Bruce Gilley sebagai penceramah untuk program yang dianjurkan jabatan tersebut. “Kelab UMNOSiswa UM dengan pendirian yang tegas mengecam tindakan […]

» Read more

Azalina Zahir Hasrat Wujudkan Hospital Di Pengerang, Mudahkan Penduduk Setempat

PENGERANG, 27 April – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menzahirkan hasrat untuk pembinaan sebuah hospital kerajaan yang baru di kawasan ini. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata ia sekali gus dapat mengatasi masalah jarak yang terlalu jauh untuk penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan kesihatan. “Sebab hospital […]

» Read more

PRK KKB Masa Untuk BN Balas Jasa PH – Ahmad Zahid

HULU SELANGOR, 27 April – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PKR, Amanah dan DAP, telah mendukung dan memberi sokongan kepada calon […]

» Read more
1 936 937 938 939 940 2,485