Semoga Hubungan Malaysia-China Terus Berkembang, Kukuh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China yang telah terbentuk selama 50 tahun akan terus berkembang dan kukuh. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menyeru semua pihak untuk berusaha bagi memastikan hubungan diplomatik yang terbina itu akan terus memberi faedah kepada kedua-dua negara. “Semoga […]

» Read more

Fan Bingbing Berjaya Meletakkan Melaka Di Peta Pelancongan Dunia – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 20 Jun  – Pelantikan selebriti dan ikon antarabangsa China, Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friendship Ambassador Tourism) sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya meletakkan Melaka dalam peta pelancongan dunia. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan ini terbukti apabila lebih 1 bilion carian nama “Fan Bingbing” dan “Melaka” direkodkan dalam WeChat […]

» Read more

Kenyataan Annuar Musa Bersifat Asabiyah, Muncul Menjelang PRK Sg Bakap – Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kenyataan Tan Sri Annuar Musa berhubung perpaduan sebenar akan bertaut dan menjadi kuat sekiranya parti-parti Melayu UMNO, Pas dan Bersatu bergabung untuk agenda Melayu dan Islam dilihat ‘asabiyah’. Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan kenyataan itu seakan terdesak dengan menjual ‘Melayu’ demi kelangsungan politik beliau dan dibuat ketika Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

Isu Nak Ganti UMNO Tak Timbul Kerana Kekuatan Akar Umbi Tiada Tolok Bandingan

KUALA LUMPUR, 20 Jun – “Isu nak menggantikan UMNO itu tidak perlu timbul kerana kekuatan UMNO di akar umbi memang tidak ada tolok bandingannya.” Demikian reaksi diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berkenaan kewujudan pihak yang seakan mahu menggantikan parti keramat ini. Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata, ini dapat dibuktikan melalui […]

» Read more

Lawatan PM China Signifikan Untuk Kedua-Dua Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berpandangan bahawa lawatan Perdana Menteri China, TYT Li Qiang ke Malaysia amat signifikan untuk kedua-dua negara. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia memaklumkan demikian selepas berlangsung istiadat sambutan rasmi sempena lawatan rasmi Li Qiang di Dataran Perdana, Putrajaya pada Rabu. […]

» Read more

Subsidi Diesel: Kerajaan Perlu Kaji Implikasi Yang Meresahkan Rakyat – Shah Zanuriman

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan bersetuju pandangan yang diberikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkenaan isu penarikan subsidi diesel yang membebankan rakyat termasuk cara kerajaan menangani dengan menyalahkan pihak tertentu tanpa penyelesaian tuntas dan tegas. Menurut beliau, kerajaan pada hari ini perlu berhenti menyalahkan semua pihak […]

» Read more

Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia-China Bawa Banyak Faedah Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Hubungan diplomatik antara Malaysia dan China sudah semestinya membawa lebih banyak faedah kepada rakyat di kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO telah menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat Cina bertempat di Hotel Shangri-La, di sini pada Rabu. “Malam ini (Rabu), […]

» Read more

China Akan Bekerjasama Dengan Malaysia Tingkatkan Sinergi Dalam Strategi Pembangunan – Li

BEIJING, 20 Jun – China akan bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan sinergi dalam strategi pembangunan, memanfaatkan sepenuhnya kekuatan pelengkap, dan mempromosikan kemajuan kukuh dalam projek utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Dua Negara, Dua Taman, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Rabu. Li berkata China juga akan mengembangkan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, meluaskan kerjasama dalam bidang […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Capai Matlamat, Kuasai Media Baharu – Nazaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Jelajah Penerangan UMNO yang menjadi realiti hasil cetusan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mencapai matlamat penganjuran terutamanya dalam menguasai media baharu. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah, Nazaruddin Abdul Rahman berkata, beliau berpuas hati dengan perlaksanaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada Penerangan UMNO Malaysia. “Saya ingin mengucapkan terima kasih […]

» Read more

Ahmad Zahid Sifatkan Lawatan Li Qiang Bukti Komitmen Hubungan 50 Tahun Malaysia – China

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lawatan rasmi Premier Republik Rakyat China, TYT Li Qiang ke Malaysia bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China menunjukkan komitmen kedua-dua negara. Katanya, hubungan antara Malaysia dan China telah berkembang pesat selama lima dekad ini dan lawatan Li Qiang memperlihatkan komitmen […]

» Read more
1 889 890 891 892 893 2,483