Meremajakan UMNO, Ubah Persepsi Dan Imej Tarik Sokongan Generasi Muda – Isham

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berpandangan usaha meremajakan parti sangat penting terutama dalam mendekati golongan muda bagi mendepani pilihan raya akan datang. Katanya, persepsi yang mengatakan bahawa parti keramat ini hanya terbuka kepada sebahagian kelompok generasi atau umur itu perlu diperbetulkan. “Meremajakan UMNO ini sangat penting, kritikal untuk dilakukan kerana 30 hingga 40 peratus […]

» Read more

Kerja Sebagai Satu Pasukan Untuk Kemakmuran Rakyat, Negeri – Wan Rosdy

KUANTAN, 14 Dis – Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang untuk mengetepikan sentimen dan ideologi politik untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi kemakmuran rakyat serta negeri. Beliau juga mengharapkan semua Exco dapat melaksanakan tugas dengan baik bagi menjadikan Pahang sebagai negeri maju, selain rakyat digesa memberi kepercayaan dan sokongan […]

» Read more

Belanjawan Melaka 2023: Kerajaan Negeri Sedia Pelbagai Inisiatif, Perkasa Golongan Belia – Khaidirah

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar menyambut baik pembentangan Belanjawan Melaka 2023 yang diusulkan kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas mengolah segala hasil pelaburan dan kekayaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat melalui insentif merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Jelasnya, kerajaan negeri juga tampak serius mengenai pembangunan belia dalam belanjawan yang telah dirangka […]

» Read more

UMNO/BN Sebati Politik Khidmat Bakti, Noraini Realitikan Bersama Rakyat Di Parit Sulong

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad baru-baru ini berkesempatan bersama dengan jentera parti sebagai penghargaan kepada kerjasama mereka ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mengunjungi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mampan, beliau memaklumkan segala usaha yang telah dilakukan jentera sesungguhnya memberikan makna tersendiri. “Saya singgah di PDM […]

» Read more

Kerajaan Gerakkan Langkah Proaktif Dalam Pengurusan Banjir – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 14 Dis – Kerajaan akan mengerakkan langkah proaktif dalam pengurusan bencana banjir termasuk mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) lebih awal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan yang jumlah taburan hujan tinggi dan dijangka menyebabkan banjir akan diberi tumpuan. “Kesiapsiagaan yang dilakukan termasuklah menggunakan acuan baharu […]

» Read more

Pasca PRU15: UMNO Terbuka Dan Muhasabah, Masa Perkukuh Semua Peringkat – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai UMNO akan menerima apa sahaja usul yang boleh memperkukuhkan parti dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO membuktikan bahawa parti itu bersifat terbuka dan bermuhasabah di atas apa yang berlaku. Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata, ini adalah masa untuk memperkukuhkan parti dari peringkat Cawangan, […]

» Read more

Isu Kesenjangan, Potensi Ekonomi Dan Taraf Hidup Luar Bandar Fokus Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Isu kesenjangan, penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan taraf hidup luar bandar menjadi keutamaan dan fokus dalam menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau akan mengemukakan pelan tindakan dan indeks prestasi utama (KPI) KKDW dalam […]

» Read more

Wakil Rakyat Tidak Dibenarkan Berceramah Di Masjid Dan Surau Di Perak – Saarani

IPOH, 13 Dis – Wakil rakyat yang telah ditauliahkan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan ceramah di masjid dan surau negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata ia juga bagi menghormati titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berhubung garis panduan itu sebelum ini, supaya menjaga kesucian rumah ibadat beragama Islam daripada aktiviti parti politik. “Pekeliling yang […]

» Read more

Memakmurkan Luar Bandar Negara, Fokus Ahmad Zahid

1. Pembangunan luar bandar di Malaysia bukan bertujuan membandarkan wilayah atau kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar bukan proses urbanisasi. 2. Tetapi memastikan luar bandar mencapai tahap kemajuan sesuai dengan acuan kemajuan ukuran standard yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam melestarikan pembangunan desa. 3. Dengan kata lain proses modenisasi dalam konteks cara berfikir, mengurus hal ehwal ekonomi yang progresif dan […]

» Read more

UMNO Parti Demokratik, Asalkan Penuhi Syarat, Ahli Layak Bertanding Apa Sahaja Jawatan – Isham

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan UMNO akan meminda Perlembagaan agar jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Meluahkan kekesalannya, beliau berkata ianya sengaja dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menggambarkan UMNO sebuah parti tidak demokratik. “Ada berita mengatakan bahawa ada pindaan Perlembagaan UMNO supaya jawatan Presiden dan Timbalan tidak […]

» Read more
1 837 838 839 840 841 2,038