Permuafakatan Kerajaan Perpaduan Jamin Kestabilan Politik, Jana Pertumbuhan Ekonomi – Agong

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Permuafakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan membolehkan negara menjana pertumbuhan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat selain dapat mewujudkan kestabilan politik. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia selari dengan hasrat Seri Paduka untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh. Seri Paduka yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: JPU Terima Satu Aduan, Bakal Calon Langgar Tataetika

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa beliau telah menerima aduan mengenai kesalahan tataetika yang telah dilakukan oleh calon meskipun proses pendaftaran calon belum bermula. Tegasnya, sebagai seorang calon yang berhasrat untuk menawarkan diri bagi sesuatu jawatan harus memahami segala tataetika telah ditetapkan dalam perlembagaan UMNO. “Ini yang saya ingin tegaskan […]

» Read more

MSN, KHM Wajar Pertimbang Semula… Setimpalkah Hukuman Dengan Kesalahan?

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Karier sebagai seorang atlet sangat singkat dan janganlah disekat penuh bakat permata negara, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Norshida Ibrahim. Beliau merasa terpanggil untuk meneliti semula kes penggantungan atlet hoki wanita Malaysia, Hanis Nadiah Onn yang tular baru-baru ini. Katanya, tindakan penggantungan kepada Hanis tidak setara dengan kesalahan yang dinyatakan, hukumannya jauh lebih […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Proses Pendaftaran Calon Akan Bermula Esok

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Proses pendaftaran calon bagi Pemilihan UMNO 2023 akan bermula esok (Isnin, 13 Feb) sehingga 26 Februari 2023. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata, persiapan bagi proses pendaftaran tersebut telah lengkap dan para calon boleh datang ke Menara Dato’ Onn di sini bermula esok. “Esok ialah hari yang mustahak dalam proses Pemilihan […]

» Read more

KKDW Garis Empat Fokus Utama Pertingkat Kemajuan, Pembangunan Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menggariskan empat fokus utama untuk meningkatkan fungsinya bagi kemajuan serta pembangunan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata empat fokus utama itu melibatkan prasarana luar bandar, program modal insan, keusahawanan dan ekonomi menerusi 22 […]

» Read more

BN Sokong Kerajaan Perpaduan Sabah, Yakub Khan Wakil Parti Dalam Perundingan

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Barisan Nasional (BN) Malaysia mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah. Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang telahpun membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia. […]

» Read more

Pertandingan Jawatan Naib Presiden Dan Ke Bawah Wujud Persaingan Sihat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pertandingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO serta jawatan ke bawah pada pemilihan parti mewujudkan persaingan sihat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan pertandingan jawatan akan membuka ruang kepada wujudnya kem-kem calon, pemilihan yang dibuat di peringkat akar umbi adalah lebih penting. “…dengan penawaran diri (calon) […]

» Read more

Pemuda UMNO Kelantan Sokong Agenda Perkasa Ahli, ‘Terus Bangkit’

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pemuda UMNO Negeri Kelantan menyambut baik gandingan Datuk Hasmuni Hassan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin Mohd Hairi Md Shah sebagai calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia susulan pengumuman secara rasmi Jumaat lalu. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor merasa yakin bahawa gandingan mereka berdua dapat meneruskan agenda memperkasakan […]

» Read more

Peruntukan Pembangunan Ahli Parlimen Ditambah Semula Jika Kewangan Negara Semakin Baik

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata elaun pembangunan Ahli Parlimen akan ditambah semula apabila kedudukan kewangan negara bertambah baik. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah optimis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menambah semula elaun berkenaan dijangka pada akhir tahun ini atau tahun hadapan. “Kita tahu Belanjawan (2023) […]

» Read more

UiTM Holdings: KPT Tunggu Siasatan SPRM Selesai Sebelum Ambil Tindakan

JOHOR BAHRU, 11 Feb – Kementerian Pendidikan Tinggi akan menunggu laporan hasil siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan sehingga mengakibatkan UiTM Holdings Sdn Bhd mengalami kerugian mencecah RM157 juta, sebelum mengambil tindakan lanjut. Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata SPRM diharap dapat menyegerakan siasatan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan dalam pengurusan syarikat pegangan pelaburan milik […]

» Read more
1 797 798 799 800 801 2,039