Pemilihan UMNO: Kemunculan Muka Baharu, Penyambung Generasi Perjuangan UMNO – Azalina

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Kemunculan muka-muka baharu sepanjang musim Pemilihan UMNO kali ini merupakan satu petanda yang baik supaya perjuangan UMNO dapat diteruskan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ianya merupakan sebuah pendekatan kepada perubahan kepimpinan yang dibentuk untuk kelangsungan parti. “Itu satu petanda yang baik. Memang UMNO sentiasa mempunyai tempat untuk muka-muka […]

» Read more

Tidak Perlu Rundingan, Protokol Untuk Siasat Hakim – Isham

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berkata kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkenaan protokol yang diperlu dipatuhi bagi menyiasat hakim tidak didapati dalam Perlembagaan dan undang-undang. Katanya ini kerana jika pihak berkuasa perlu meminta kebenaran atau berunding dengan Ketua Hakim untuk menyiasat dan mendakwa hakim yang melakukan jenayah sebagai tidak kena […]

» Read more

Onn Hafiz Zahir Penghargaan Pada PM

KUALA LUMPUR 25 Feb – Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan buat kerajaan Pusat yang menyalurkan peruntukan besar bagi melaksanakan projek, termasuk naik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta infrastruktur lain negeri ini dalam Belanjawan 2023 dibentangkan semalam. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pentadbiran negeri menzahirkan komitmen di peringkat tertinggi bagi memudahcara semua projek dan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, […]

» Read more

Pemilihan UMNO Bukan Lonjak Kegemilangan Individu – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti dan bukan untuk melonjak dan membawa kegemilangan terhadap seseorang individu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang akan mempertahankan jawatannya itu, berkata pemilihan yang akan berlangsung bulan depan, merupakan proses untuk melahirkan kepimpinan mantap dan membantu parti menangani pelbagai […]

» Read more

Kluster Mahkamah PN: Biar Mahkamah Tentukan Segala Kebenaran – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berpandangan bahawa perlu diserahkan kepada mahkamah berkenaan kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN). Tegasnya, sudah semestinya segala siasatan akan dijalankan dengan telus memandangkan negara mempunyai badan-badan tertentu dan mengamalkan kedaulatan undang-undang. “Biar mahkamah tentukan sama ada mereka betul atau tidak melalui siasatan. […]

» Read more

Belanjawan 2023: Peruntukan Kepada Wanita, Kanak-Kanak Diberi Perhatian Baik Oleh Kerajaan – Norshida

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim meluahkan kesyukuran dengan Belanjawan 2023 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam. Katanya meskipun bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak namun pastinya belanjawan kali ini tetap memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia. “Alhamdulillah, jika dilihat peruntukan kepada wanita dan kanak-kanak masih diberi perhatian yang baik […]

» Read more

Malaysia Perlu Cari Jalan Tukar Kaedah Hasilkan Getah Beku Kepada Lateks – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Malaysia perlu mencari jalan untuk menukar kaedah penghasilan getah beku atau sekerap kepada getah cair atau lateks, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia berikutan Malaysia, yang merupakan pengeluar getah terbesar di dunia, masih mengimport kira-kira 80 peratus lateks atau susu getah […]

» Read more

Harus Ada Keberanian, Keyakinan Untuk ‘Lead’ Pemuda UMNO – Armand Azha

  KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Armand Azha Abu Hanifah telah menyerahkan borang pencalonan dalam Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026 sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau ditemui UMNO Online berharap perwakilan dapat memberikan pilihan yang tepat pada pemilihan kali ini. “Kita mahukan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berani dan menawarkan diri atas […]

» Read more

Muhyiddin Perlu Cermin Diri Sebelum Letak Kesalahan Kepada Ahmad Zahid – Suraya

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Suraya Yaacob menempelak Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan pertuduhan rasuah ke atas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM Datuk Wan Saiful Wan Jan. Katanya, tohmahan yang dilemparkan itu suatu yang tidak wajar dilakukan sebaliknya Muhyiddin perlu […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Surat Terbuka Kepada Ahli – Isham Jalil

ASSALAMUALAIKUM, Tuan-tuan dan Puan-puan, 1. Pertama sekali, izinkan saya untuk menulis sedikit panjang buat kali ini. Saya fikir saya perlu menulis lebih daripada hanya beberapa perenggan yang tidak dapat saya gambarkan melalui lukisan untuk menyampaikan hasrat dan pemikiran saya berkenaan parti keramat ini memandangkan perjalanan kita bersama parti ini sudah sekian lama namun masih jauh lagi dan banyak perkara yang […]

» Read more
1 788 789 790 791 792 2,040