PRK DUN Mahkota: Jangan Terperangkap Manipulasi, BN Pilihan Terbaik – Norshida

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Fasa kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang memasuki minggu kedua memperlihatkan suasana yang semakin meriah, kata Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim. Katanya, Barisan Nasional (BN) menerusi jentera pelbagai peringkat khususnya Wanita BN terus melipatgandakan lagi usaha agar pengundi tidak lagi ragu-ragu untuk membuat pilihan yang tepat […]

» Read more

Malaysia Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Andorra

NEW YORK, 26 Sept: Malaysia secara rasmi menjalin hubungan diplomatik dengan Andorra, menandakan satu peristiwa penting dalam hubungan antara kedua-dua negara. Perjanjian rasmi itu dimeterai melalui Majlis Pertukaran Nota atau “Exchange of Notes” di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, dengan kehadiran Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Andorra, Imma Tor […]

» Read more

Syed Hussien Bertekad Bantu Dan Bangunkan Satu-satunya Kampung Orang Asli Di Mahkota

KLUANG, 25 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah bertekad untuk menyambung usaha wakil rakyat gabungan politik itu sebelum ini iaitu membantu kaum Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh di sini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu berkata usaha wakil rakyat BN telah membolehkan penduduk Orang Asli […]

» Read more

DUN Mahkota: Apa Pentingnya Mengundi Pada Kali Ini?

KLUANG, 25 Sept – Berbaki tiga hari berkempen jentera perlu terus fokus dan bekerja keras menyakinkan pengundi untuk memilih Barisan Nasional (BN) dan memastikan mereka keluar membuang undi pada Sabtu ini, baik yang tinggal di dalam kawasan Mahkota mahupun yang berada di luar. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan […]

» Read more

Bijaklah Menilai, Pilih BN Untuk Wakil Rakyat Mahkota – Abdul Razak

KLUANG, 25 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menyeru para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar bijak memilih bagi menentukan wakil rakyat di sini. Katanya, dengan perkembangan terkini masyarakat didedahkan dengan pelbagai maklumat maka mereka perlu bijak dalam menilai dan tahu membezakan kebenaran pelbagai sumber yang ada. […]

» Read more

Penting Pertahankan DUN Mahkota, Bawa Semangat Kemenangan Ke Sabah – Siti Aminah

KLUANG, 25 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Siti Aminah Aching berkata penting untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dipertahankan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau, ini kerana Mahkota dikenali sebagai kubu kuat namun ia sama sekali tidak memberikan alasan untuk tidak bekerja keras, sebaliknya gerak kerja sebaiknya dilakukan sejak awal penamaan calon. “Diharapkan adalah kemenangan sebab kita […]

» Read more

Teruskan Tekad Sebulat Hati Untuk Menang, Jangan Ada Perpecahan – Tengku Razaleigh

KLUANG, 25 Sept – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan anggota jentera yang bekerja dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota terus bersatu hati dalam menghadapi pihak lawan dan seterusnya meraih kemenangan pada hari pengundian kelak. Ujarnya, apabila jentera parti sebulat hati maka akan ada keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran. Dalam hal ini, beliau […]

» Read more

Puteri UMNO Anjur Santai Boling Anak Muda, Santuni Pengundi Pertama Kali

KLUANG, 25 Sept – Pergerakan Puteri UMNO menganjurkan Santai Boling Anak Muda Mahkota bagi menyantuni golongan muda termasuk pengundi pertama kali. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata ia sebagai pendekatan untuk beramah mesra bersama kelompok tersebut termasuk memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN), bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah. “Beriadah dengan pengundi pertama kali terdiri daripada […]

» Read more

Delegasi BN Ke China Perkukuh Hubungan Sedia Ada, Rancakkan Jalinan Dua Hala

KUNMING, 25 Sept – Wanita UMNO melihat kunjungan delegasi Barisan Nasional (BN) Ke China sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara tersebut adalah satu program yang amat baik. Exconya, Datuk Habibah Mohd Yusof berkata program seumpama itu yang turut disertai oleh beberapa pimpinan BN yang lain boleh mengharmonikan lagi hubungan yang sedia terjalin selama ini. “Alhamdulillah, saya melihat […]

» Read more

Teruskan Tradisi BN Sebagai ‘Yang Berkhidmat’, Tolak Taktik Kotor Dalam Kempen – Dr Zambry

KLUANG, 25 Sept – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa tradisi BN adalah menyediakan YB bukan hanya ‘Yang Berhormat’ tetapi adalah ‘Yang Berkhidmat’ iaitu melaksanakan amanah untuk bekerja kepada rakyat. Justeru katanya, semua pihak jangan terperangkap dengan permainan, taktikal, strategi pihak lawan yang cuba untuk menghalang pengundi memilih yang terbaik dengan mengelirukan masyarakat […]

» Read more
1 724 725 726 727 728 2,428