PM, Presiden Parti Gabungan Kerajaan Perpaduan Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesemua presiden parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 10 Jun ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan ia sebagai sejarah buat parti berkata Anwar dijadual akan menghadiri perhimpunan berkenaan namun tidak akan memberikan […]

» Read more

‘Waris Sulu Jadi Alat Golongan Tertentu Dari Barat’ – Azalina

KOTA TINGGI, 2 Jun – Kerajaan tidak menolak kemungkinan waris Sulu dipergunakan golongan tertentu dari Barat, bagi menuntut Malaysia membayar tuntutan tidak masuk akal mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia berikutan waris Sulu menggunakan platform Mahkamah Timbang Tara Komersial dalam membuat tuntutan itu, berbanding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di […]

» Read more

PAU 2023 Saksikan Penambahan Perwakilan, Terus Bawa Agenda Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang akan bermula pada 7 Jun nanti menyaksikan pertambahan perwakilan apabila Ketua-ketua Penerangan UMNO bahagian serta sayap termasuklah Ketua Penerangan Wanita akan hadir ke perhimpunan agung parti tersebut. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata seramai 6,351 perwakilan akan terlibat bagi menjayakan perhimpunan agung parti tahun ini dan […]

» Read more

Mahkamah Baharu Pengerang: Kerajaan Ambil Inisiatif Mantapkan Perkhidmatan Kehakiman Berkualiti

PENGERANG, 2 Jun – Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang berkualiti kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Jelasnya, pembinaan projek mahkamah baharu Pengerang di Bandar Penawar yang tertangguh telah diluluskan susulan kajian semula kos dan skop bagi menambahbaik prasarana badan kehakiman negara. “Pembinaan […]

» Read more

Pasca Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan… Bukti Gabungan Mampu Jamin Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada 14 Mei lalu memberi bukti kepada rakyat bahawa gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan Persekutuan pada saat ini dapat menjamin kestabilan politik. Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata, menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 ini sudah semestinya para pimpinan akan mempromosikan keutuhan Kerajaan Perpaduan untuk mengikat […]

» Read more

Semangat PAU 2023 Akan Diaplikasi Bagi Memenangi Enam PRN Kelak – Fadil

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan Mohamad Fadil Md Zin yakin semangat membara akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan diangkat bagi hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Sehubungan itu katanya, semangat itu akan terus bergerak seiring dan sejalan bersama kepimpinan UMNO serta membawa panji-panji Kerajaan Perpaduan. “Saya yakin PAU 2023 ini […]

» Read more

Politik Kepartian; Politik Permusuhan Atau Persaingan?

1. AMAT sukar untuk setengah pihak menerima bahawa politik kepartian adalah ijtihad politik. Penglibatan setiap parti hatta parti yang berasaskan kecenderungan Islam dalam pilihan raya adalah persaingan untuk merebut kuasa dan berlumba menampilkan siapa yang terbaik dalam menguruskan kerajaan Malaysia. 2. Dalam konteks Malaysia kita ada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Sultan serta Raja sebagai Ketua Negeri. Parti-parti […]

» Read more

PAU 2023 Perlu Jadi Medan Penyatuan, Perpaduan Ahli Dan Akar Umbi – Syed Mohd Johan

ALOR SETAR, 1 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 perlu menjadi medan perpaduan untuk para perwakilan dan akar umbi setelah parti melalui fasa pemilihan serta Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan. Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) telah menempuhi pelbagai cabaran dalam masa yang singkat termasuklah ditolak oleh rakyat dengan […]

» Read more

Pemimpin UMNO Kreatif Demi Bantu Rakyat, Hasilkan Produk Baharu Untuk Tarik Pelancong

KOTA BELUD, 1 Jun – Pemain industri pelancongan di negeri ini diminta agar meneroka idea-idea baharu untuk menghasilkan produk pelancongan menarik sekali gus memastikan Sabah terus menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan berkata langkah itu perlu sebagai persediaan menarik lebih ramai kehadiran pelancong khususnya dari luar negara melawat negeri ini […]

» Read more

Pas Delusi, Ibarat Kutu Lapar Hisap Darah – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Hasmuni Hassan menyelar tuduhan Ketua Penerangan PAS Pusat Ir Khairil Nizam Khairudin yang menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai penipu dalam isu kenyataan Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang supaya ‘jangan nak perasan’ dengan jemputan menyertai Kerajaan Perpaduan hari ini. Jelasnya, UMNO memang mengalu-alukan […]

» Read more
1 718 719 720 721 722 2,040