Pengundi DUN Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

KLUANG, 28 September – Seramai 61,274 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, bagi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Tepat 8 pagi ini, 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran akan dibuka untuk proses pengundian sebelum semuanya ditutup serentak pada 6 petang. Undi awal bagi PRK itu telah berlangsung pada Selasa (24 […]

» Read more

Kekalkan Kestabilan Mahkota, Pilih Calon No 1 Syed Hussien – Ahmad Zahid

KLUANG, 27 Sept – Pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka esok, selepas tempoh 14 hari berkempen tamat tengah malam ini. Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak pengundi di DUN Mahkota untuk mengekalkan kestabilan DUN tersebut dengan mengundi […]

» Read more

Penganjuran Karnival Kerjaya Akan Diteruskan, KESUMA Alu-alukan Kerjasama NGO

KLUANG, 27 Sept – Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata penganjuran karnival kerjaya akan dilaksanakan secara berterusan dari masa ke semasa. Menurut Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama mengadakan program sedemikian. “Sudah pastilah program seperti ini kami akan laksanakan secara berterusan dari […]

» Read more

PRK Mahkota: Pilih BN, Tolak Sifat Keji Pembangkang Fitnah Syed Hussien – Hasnal Rezua Merican

KLUANG, 27 Sept – Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Hasnal Rezua Merican menempelak Perikatan Nasional (PN) apabila percubaan mereka untuk membawa perspektif negatif membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah pada saat-saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota. Menurut beliau ia mencerminkan sikap pembangkang yang tidak matang dan tidak berkualiti dalam berpolitik. “Ini adalah satu dakwaan yang […]

» Read more

PRK: Pengundi Luar Perlu Pulang Mengundi, Kalau Sayang Mahkota Pilih BN – Azalina

KLUANG, 27 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap pengundi Mahkota yang tinggal di luar kawasan untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka. Jelas beliau, ia bukan semata untuk memperoleh kemenangan namun partisipasi sebagai rakyat kepada pembangunan kawasan. “Walaupun tahu banyak orang kata alah kalau tak balik pun tak apalah boleh menang. Saya rasa ini bukan isu […]

» Read more

NGO Diminta Anjur Lebih Banyak Karnival Pekerjaan – Ahmad Zahid

KLUANG, 27 Sept – Badan Bukan Kerajaan (NGO) diminta bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), untuk menganjurkan lebih banyak karnival kerjaya bagi meningkatkan peluang anak muda mendapat pekerjaan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu, membolehkan padanan pekerjaan dilakukan bagi memastikan kemahiran anak muda disalurkan kepada syarikat tempatan, […]

» Read more

PRK: Jangan Layan Tohmahan Dibawa Lawan Pada Saat Akhir Kempen – Wan Rosdy

KLUANG, 27 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak terpedaya dakyah dibawa pembangkang menjelang hari terakhir kempen. Menurut beliau, tindakan tersebut memperlihatkan mereka terdesak dalam meraih populariti saat akhir untuk meraih sokongan rakyat yang bakal menunaikan undi pada esok. “Jangan dengar ataupun layan tuduhan tohmahan pembangkang kerana mereka […]

» Read more

PRK: ‘Syed Hussien Pilihan Terbaik Untuk Mahkota’ – Abdul Rahman

KLUANG, 27 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyifatkan calon Barisan Nasinal (BN), Syed Hussien Syed Abdullah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai pilihan terbaik kepada rakyat di kawasan ini. Katanya, ini kerana sebagai calon yang di ketengah BN sudah pasti Syed Hussien sudah melepasi syarat-syarat yang telah digariskan parti. “Syed Hussein […]

» Read more

Serangan Kepada BN, Lawan Gentar Lihat Kekuatan Jentera Bantu Kempen Mahkota – Sharkar

KLUANG, 27 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyifatkan pembangkang gentar dengan kekuatan jentera parti seluruh yang turun membantu Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota. Jelas beliau, ia termasuk gerak kerja parti yang bersusun dan strategik dalam mendekati pengundi yang terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat. “Mereka tahu bahawa jentera daripada seluruh negara datang membantu […]

» Read more

Warga Makhota Sokong Syed Hussien, Selari MB Kesayangan Bangsa Johor – Halimaton

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Rata-rata pengundi yang ditemui menunjukkan sokongan mereka kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, kata Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Halimaton Saadiah Bohan. Beliau berkata respon tersebut diperolehinya ketika kempen yang dilakukan bersama jentera Wanita Selangor. Katanya, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi juga memainkan peranan selain menjadi kesayangan kepada bangsa Johor yang […]

» Read more
1 720 721 722 723 724 2,428