PRN Sabah: Bung Moktar Ingatkan Jentera Terus Laksana Persiapan Untuk Raih Kemenangan

KINABATANGAN, 25 Nov – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan anggota parti untuk terus melaksanakan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tidak lama lagi. Katanya, tidak ada jalan mudah dalam perjuangan namun UMNO/Barisan Nasional (BN) Sabah tetap yakin untuk melepasi pelbagai halangan. “Dalam PRN17 akan datang UMNO/BN hanya memilih untuk menang dan mengembalikan kegemilangan rakyat […]

» Read more

BN Wilayah Persekutuan Susun Strategi Untuk Kemenangan Dalam PRU – Johari

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpandangan dinamika politik hari ini menuntut keterbukaan terutama dalam menyusun strategi kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkata, ini termasuk dalam merampas kembali kerusi Parlimen Putrajaya dan Labuan daripada penguasaan pembangkang. “Hari ini kita kena terima […]

» Read more

Konvensyen BN Perak Medan Kukuhkan Kesatuan Antara Satu Sama Lain – Saarani

IPOH, 24 Nov – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata konvensyen Barisan Nasional (BN) negeri itu hari ini adalah peluang untuk masing-masing memperkukuh kesatuan, menyusun dan memperkemas strategi serta  memperbaharui semangat perjuangan dalam barisan yang sama dan senada. Menurut beliau yang juga Pengerusi BN Perak berkata dengan kebijaksanaan, solidariti dan usaha bersama parti itu diyakini akan terus menjadi […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Parti Komponen BN Terus Berpadu, Perkukuh Kekuatan Hadapi Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru parti-parti komponen untuk terus memperkukuh kekuatan dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO berkata, pengukuhan itu penting untuk memastikan gerak kerja dilaksanakan bagi memastikan parti ini kembali dominan. “Cukup-cukuplah BN dan rakan-rakan UMNO, MCA, MIC, PBRS… […]

» Read more

Jentera Penerangan Main Peranan Penting Sebagai Agen Pencerahan – Khaled Nordin

PENGERANG, 24 Nov – Jentera penerangan terutamanya di peringkat bahagian dan cawangan perlu memainkan peranan sebaiknya sebagai agen pencerahan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, sebagai sebuah parti politik, UMNO perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia untuk menjayakan segala agenda. “Saya berharap pertemuan kita pada hari ini […]

» Read more

Terus Perkasakan BN, Lakar Kejayaan Masa Depan – Ahmad Zahid

IPOH, 24 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak seluruh ahli parti untuk terus memperkasakan lagi wadah perjuangan parti dalam usaha melakar kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Atas landasan itu, beliau yang juga Presiden UMNO ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Perak menggariskan beberapa langkah dan pendekatan bagi memastikan matlamat berkenaan […]

» Read more

Jelajah Penerangan: Manfaatkan Media Sosial, Tinggalkan Pendekatan Lama – Azalina

PENGERANG, 24 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said beranggapan bahawa semua jentera parti perlu memanfaatkan media sosial dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi untuk memenangi hati para pengundi. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata, kaukus 3P ‘war room’ ini dicipta sebagai senjata untuk melawan musuh pada masa akan datang. “Kita sebagai orang Melayu […]

» Read more

Manfaatkan Penerangan Sebagai Ruang Mendapat Maklumat, Info Semasa – Fairul Nizam

AYER KEROH, 24 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata semua ahli UMNO di negeri terbabit perlu bersedia dari sekarang bagi mendepani pilihan raya. Justeru katanya, program Jelajah Penerangan UMNO yang sedang dilaksana perlu diaplikasi sebagai ruang untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai isu semasa. “Semua ahli UMNO dan jentera parti setiap peringkat perlu bersedia dengan […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Malaysia Diteruskan Ke Bumi Darul Takzim

PENGERANG, 23 Nov – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia diteruskan lagi ke Johor Darul Takzim pada hari ini. Diadakan di Dewan Kejora, Bandar Penawar program ini menghimpunkan tiga bahagian iaitu UMNO Bahagian Pengerang, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Program yang dilaksana hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said ini bertujuan untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa […]

» Read more

Dua Tahun Kerajaan Perpaduan, Terus Tunjukkan Impak Positif Pada Rakyat – Raqib Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan berpandangan bahawa UMNO Kedah memerlukan rakan kongsi seperti Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil. Menurut beliau, kepentingan kerjasama ini demi memenuhi aspirasi politik rakyat di peringkat negeri bagi membentuk sesebuah kerajaan negeri. Katanya, selepas dua tahun Kerajaan Perpaduan mampu menunjukkan impak besar […]

» Read more
1 719 720 721 722 723 2,478