UMNO Kutuk Serangan Israel Ke Atas Palestin, Lancar Tabung Kemanusiaan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 21 Okt – UMNO mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan kejam regim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang telah mengorbankan nyawa manusia tidak berdosa termasuk wanita serta kanak-kanak, demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, kekejaman Israel yang berterusan menyerang Palestin termasuk usaha mengusir mereka dari tanahair sendiri merupakan sebuah jenayah. “UMNO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan […]

» Read more

UMNO Beri Komitmen, Anjur Kongres Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Okt – UMNO menyanjung tinggi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada bulan Januari 2024, sekaligus membuktikan keseriusan Kerajaan untuk terus memperkasakan lagi agenda ekonomi Melayu Bumiputera, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menurutnya, UMNO juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan […]

» Read more

Sektor Agama Terus Dapat Tumpuan Dalam Bajet Setiap Tahun, Kali Ini Terus Bertambah

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu mencakupi pelbagai aspek termasuklah dalam sektor agama yang sekaligus memperlihatkan sinar Islam terus berkembang di negara ini. Anggota Tertinggi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata rakyat khususnya umat Islam harus bersyukur kerana saban tahun dalam setiap pembentangan Bajet […]

» Read more

Puteri UMNO Lancar Tabung Kemanusiaan Palestin Dan Program ‘Puteri Sambung Belajar’

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin dan juga Program ‘Puteri Sambung Belajar’ sebentar tadi. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, selain itu beberapa gerak kerja turut dibincangkan dalam mesyuarat pada hari ini termasuklah berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang bakal berlangsung kelak. “Alhamdulilah, Puteri UMNO […]

» Read more

Penutupan Secara Tiba-Tiba MYAirline Aniaya Rakyat, Siasatan Terperinci Perlu Dilakukan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa siasatan dilakukan berkenaan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang baru-baru ini menghentikan operasi secara mengejut. Katanya ini kerana penutupan tersebut seperti menganiayai rakyat yang sudah membeli tiket penerbangan tersebut. “MYAirline ini sudah ada 125,000 penumpang yang sudah membeli tiket dan akhirnya apabila […]

» Read more

Pasti Tiada Lagi Dakwaan Pas ‘Melayu/Islam Terancam’ Jika Mereka Bersama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pasti tiada lagi dakwaan dari Pas yang mengatakan Melayu/Islam terancam jika mereka menyertai Kerajaan Perpaduan. Menurut beliau, semestinya tiada juga fatwa atau ceramah daripada pimpinan dan pendokong Pas yang ‘mengkafir’ atau menyesatkan mana-mana pihak terutamanya terhadap parti yang berbeza ideologi dengan mereka. “Tiada lagi isu ‘Islam […]

» Read more

Antara Jangkaan Dan Realiti, Shaiful Hazizy Bimbang Hala Tuju Masa Depan Bola Sepak Kedah

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin meluahkan kebimbangan dengan hala tuju bola sepak negeri itu pada masa akan datang. Ujarnya, kehebatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjual masa depan memang terserlah namun dibimbangi apa yang dijual itu tidak menepati tawaran yang sebenarnya. “’Expectation’ dan […]

» Read more

Peruntukan Besar Untuk Pembangunan Syiar Islam, Bukti Kedudukan Islam Tidak Terancam

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Peruntukan yang besar untuk pembangunan syiar Islam yang dibentangkan melalui Belanjawan 2024, Jumaat lalu membuktikan bahawa kedudukan Islam tidak terancam di bawah Kerajaan Perpaduan. Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, bajet ini juga merupakan satu manifestasi dan pengaruh daripada UMNO yang berada dalam pentadbiran negara. “Saya nampak bajet pada kali ini […]

» Read more

SUA Terima Kunjungan Hormat Duta Turki, Kerjasama Malaysia-Turki Dan Konflik Gaza Topik Utama Perbincangan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bertempat di pejabatnya di Tingkat 38, Menara Dato’ Onn di sini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Turki HE. Emir Salim Yuksel bersama delegasi Kaunselor Pendidikan kedutaan Gönül Demirel pada Khamis petang. Menurut Dr Asyaf, dalam pertemuan itu, antara perkara-perkara yang dibincangkan dengan segera ialah konflik yang […]

» Read more

Intervensi Kerajaan Diperlukan Bagi Membangunkan Insan Muda Malaysia – Manndzri

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menjelaskan intervensi kerajaan amat didambakan bagi mewujudkan ekosistem yang lebih baik demi membangunkan Insan Muda Malaysia (IMM) terutama di kala negara bergelut untuk bangkit pulih dari COVID-19. Jelasnya, peluang yang lebih luas perlu dicipta dan direkayasa merentasi pelbagai skop termasuk pekerjaan, kewangan, jaminan, keselamatan, industri, teknologi, akademik, dan perdagangan dalam […]

» Read more
1 574 575 576 577 578 2,036