Dr Shamsul Teruskan Pendekatan Permudahkan Urusan Rakyat Di Lenggong

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata  ‘permudahkan apabila berurusan dengan rakyat’ akan terus menjadi keutamaan kepada beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. Menurut beliau sejak dahulu hingga ke hari ini, itulah yang menjadi keutamaan apabila setiap kali balik ke kawasan bersama masyarakat Parlimen Lenggong. “Sesibuk mana sekali pun keutamaan saya […]

» Read more

Pemukiman UMNO Kedah: Presiden Komited Realisasikan Pelaksanaan Resolusi

ALOR SETAR, 11 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi komitmen akan merealisasikan pelaksanaan resolusi yang dicapai dalam pemukiman UMNO Negeri Kedah. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkeyakinan parti mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak. “Saya lebih dekat ke arah untuk menterjemahkan pelaksanaan kepada resolusi yang telah […]

» Read more

Segala Keputusan Libatkan Dasar Parti Dibuat Secara Konsensus – SUA

ALOR SETAR, 11 Nov – UMNO berpegang kepada prinsip sebarang keputusan yang melibatkan dasar parti akan dibuat secara konsensus, ujar Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, sebagaimana sebelum ini dalam membuat keputusan memasuki Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara solo dan juga menyertai Kerajaan Perpaduan dengan melalui Perhimpunan Agung UMNO dan jika ketiadaannya melalui mesyuarat Majlis Kerja […]

» Read more

Sokongan Kepada PM: Strategi Permainan Psikologi Politik PN Sedang Memakan Diri

ALOR SETAR, 11 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beranggapan bahawa strategi permainan psikologi politik Perikatan Nasional (PN) sedang ‘memakan diri’ mereka sendiri. Ini kerana katanya, PN pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) menjangkakan bahawa akan berlaku ‘dominos effect’ iaitu penghijrahan ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan sehingga terbentuknya kerajaan yang mereka idamkan. “Dalam filem ‘3 […]

» Read more

Jangan Cabar Kedaulatan Tanahair… Ini Janji Saya Dan Kerajaan Malaysia – Azalina

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa kerajaan akan ambil segala tindakan demi mempertahankan Malaysia dari ancaman pihak luar. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian menerusi hantaran pendek dalam laman Facebooknya. “Jangan cabar kedaulatan Malaysia. Kerajaan akan ambil segala tindakan pertahankan kedaulatan dan setiap […]

» Read more

BN Umum Calon PRK Parlimen Kemaman Isnin, 13 November

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada Isnin, 13 November ini. Pengumuman itu akan dibuat di Auditorium Aras 4, Menara Dato Onn pada jam 12.30 tengah hari. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK Kemaman, pada 2 Disember 2023 sementara hari penamaan calon ditetapkan […]

» Read more

Lipatgandakan Kesiapsiagaan Menjelang Musim Monsun Timur Laut – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap semua pihak bersiap sedia dan berdoa agar musim tengkujuh tahun ini seperti mana yang telah diingatkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia tidak menyebabkan sebarang kecelakaan jiwa. Menurut beliau kenyataan rasmi daripada agensi itu beberapa hari lalu yang menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di […]

» Read more

UMNO Bersama Rakyat, Pembukaan Cawangan Baharu Semarakkan Perjuangan Parti – Jeffery Noor

PUTATAN, 10 Nov – UMNO sentiasa bersama rakyat dan terus sebati sebagai parti politik yang menjadi platform perjuangan demi mengekalkan maruah dan martabat demi agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed mengalu-alukan pembukaan Cawangan UMNO baharu khususnya dari anak-anak muda sebagai langkah untuk terus bersama rakyat. Beliau yang juga Ketua […]

» Read more

Sokongan Kepada PM: PN Tak Payah Mimpi Jadi Kerajaan Tebuk Atap – Zawawi

PASIR PUTEH, 10 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman memberi amaran agar tidak bermimpi untuk menjadi kerajaan tebuk atap selepas beberapa orang ahli parlimen mereka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ujarnya, apa lebih pasti Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi perlu membuat kenyataan mengenai sokongan kedua-dua ahli parlimen tersebut yang telah menang […]

» Read more

‘Wanita On Wheels: Sentuhan Kasih Kota Melaka’ … Apresiasi Haryaty Santuni Jasa Pejuang UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Nov – ‘Wanita On Wheels: Sentuhan Kasih Kota Melaka’ menjadi Apresiasi Wanita UMNO Kota Melaka dalam menyemarakkan perjuangan parti ke seluruh bahagian terbabit. Ketuanya, Datuk Haryaty Hamdzah memaklumkan bahawa program tersebut diangkat sebagai satu gerak kerja khususnya menghidupkan semangat berziarah dengan mengunjungi para pejuang parti yang telah meniti usia emas. “Di samping kita bermotor dan berkonvoi yang […]

» Read more
1 557 558 559 560 561 2,036