UMNO Bersama Rakyat, Pembukaan Cawangan Baharu Semarakkan Perjuangan Parti – Jeffery Noor

PUTATAN, 10 Nov – UMNO sentiasa bersama rakyat dan terus sebati sebagai parti politik yang menjadi platform perjuangan demi mengekalkan maruah dan martabat demi agama, bangsa dan negara.

Dalam hal ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed mengalu-alukan pembukaan Cawangan UMNO baharu khususnya dari anak-anak muda sebagai langkah untuk terus bersama rakyat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, keprihatinan UMNO terhadap masyarakat menjadi tarikan apatah lagi parti ini sememangnya sentiasa akrab dalam gerak kerja untuk rakyat.

“Alhamdulillah, minggu lalu, UMNO Bahagian Putatan menerima pembukaan cawangan Dembila Kera, Pasir Putih. Ramai yang sebelum ini meninggal parti telah kembali kepada UMNO dan lebih menarik apabila ada anak-anak muda juga hadir dan menyatakan sokongan kepada parti ini.

“Kita yakin, perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa dalam politik tempatan telah mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara umumnya,” katanya kepada UMNO Online.

Jelasnya, apa yang pasti adalah perjuangan UMNO tetap dilaksanakan dengan ikhlas lantas sokongan daripada masyarakat akan datang dengan sendirinya.

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan bahawa UMNO Bahagian Putatan sentiasa aktif dalam melaksanakan pelbagai gerak kerja bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga aspek sosial masyarakat termasuk pendidikan, sumbangan kesihatan, kesukanan dan sebagainya.

“Rutin setiap hujung minggu saya habiskan masa untuk melawat mana-mana penduduk yang sedang sakit dan uzur, saya mendengar keluh resah orang ramai sama ada peniaga, nelayan dan penduduk setempat dan mana yang saya boleh bantu saya akan usahakan.

“Semoga bantuan yang dihulurkan akan dapat meringankan beban dan menjadi sokongan moral kepada semua untuk meneruskan kehidupan.”

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan menghargai sokongan yang diberikan oleh anggota jawatankuasa pelbagai peringkat termasuk dukungan kepada UMNO/BN di sini.

“Tema kasih semua yang telah banyak bertungkus-lumus bersama-sama turun padang dan realisasikan pelbagai program untuk rakyat. Semoga Allah SWT bersama dengan kita dalam perjuangan yang ikhlas untuk rakyat di sini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.