BN Umum Calon PRK Parlimen Kemaman Isnin, 13 November

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada Isnin, 13 November ini.

Pengumuman itu akan dibuat di Auditorium Aras 4, Menara Dato Onn pada jam 12.30 tengah hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK Kemaman, pada 2 Disember 2023 sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November dan hari undi awal ditetapkan 28 November 2023.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ini berikutan selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15. – UMNO Online

Media Umum Calon BN

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.