Dr Shamsul Teruskan Pendekatan Permudahkan Urusan Rakyat Di Lenggong

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata  ‘permudahkan apabila berurusan dengan rakyat’ akan terus menjadi keutamaan kepada beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Menurut beliau sejak dahulu hingga ke hari ini, itulah yang menjadi keutamaan apabila setiap kali balik ke kawasan bersama masyarakat Parlimen Lenggong.

“Sesibuk mana sekali pun keutamaan saya tetap memberikan khidmat kepada rakyat Lenggong yang banyak berjasa kepada saya.

“Kita mesti sentiasa berusaha memberikan khidmat yang terbaik selain terus meningkatkan usaha serta berbakti kepada rakyat kerana keadaan hari ini sudah berubah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Justeru bagi beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, jangan ada penghadang yang diletakkan apabila bersama rakyat.

“Sesekali jangan ada prototol bila bersama rakyat.  Mudahkan urusan mereka,” ujarnya.

Menerusi  media sosialnya juga, beliau turut berkongsi paparan bersama masyarakat Lenggong memerusi pelbagai program yang diatur.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.