Pemuda UMNO Wilayah Tekad Teruskan Perjuangan, Komited Kukuhkan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengaplikasi gerak kerja dalam kepimpinan dengan semangat kebersamaan memperkukuh ukhuwah melalui ‘Retreat G5 dan SUK’ yang diadakan baru-baru ini. Program yang menghimpunkan lebih 70 peserta melibatkan kalangan kepimpinan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ini digerakkan atas semangat perpaduan yang tentunya akan menyemarakkan tekad perjuangan parti kepada setiap peserta. Retreat tersebut telah […]

» Read more

Bersama Bangunkan Ekosistem Keusahawanan Yang Kukuh Dan Berdaya Maju

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak yang berkaitan bersama membangunkan ekosistem keusahawanan yang kukuh dan berdaya maju. Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, beliau yakin usaha dan koordinasi dari Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) akan memperkemaskan lagi sinergi dalam menyokong para […]

» Read more

Puteri UMNO Wangsa Maju Sumbang Beg, Peralatan Sekolah Kepada 60 Pelajar – Nurul Ashikin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Wangsa Maju meneruskan aktiviti tahunan dengan menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 60 pelajar sebagai persiapan untuk memulakan sesi persekolahan 2024. Ketuanya, Nurul Ashikin Mohamad Rafi berkata ‘Program Back to School’ yang dilaksanakan secara bersasar ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dan juga sebagai memberi semangat kepada pelajar.   “Ini adalah […]

» Read more

Isu Tuntutan 40 Peratus, Bung Moktar Cadang Kerajaan Pusat Dan Negeri Bentuk Jawatankuasa Penilai Bebas

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah agar melantik satu jawatan kuasa pentaksir/penilai bebas dalam menyelesaikan isu tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip Kerajaan Persekutuan yang seharusnya dikembalikan kepada Sabah yang belum ada penyelesaian secara tuntas. Beliau berkata cadangan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan […]

» Read more

Mohd Shahar Pengerusi Backbenchers Club (BBC) Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah daripada UMNO/Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers Club-BBC) yang baharu. Beliau menggantikan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang kini dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. Pemakluman BBC melalui kenyataan media itu juga memaklumkan Ahli Parlimen Kota Melaka dari Dap, Khoo […]

» Read more

Hayati Titah Agong… Jangan Mainkan Isu 3R – Ahli Parlimen Jempol

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli menyeru agar semua pihak mendukung titah Yang di-Pertuan Agong supaya memperkukuh perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R (race, religion, royalty). Menurut beliau isu-isu sensitif dikhuatiri boleh menyebabkan suasana yang tidak harmoni dalam negara yang berbilang kaum di negara ini. “Isu sensitiviti janganlah dimainkan sebagai […]

» Read more

Tambang Mahal, Bung Moktar Gesa Kerajaan Kawal Harga Tiket Penerbangan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluahkan rasa terkejut dengan harga tiket penerbangan yang didakwa terlalu mahal untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak terutamanya pada musim cuti sekolah atau hari perayaan. Katanya, ini bukan isu baharu iaitu apabila cuti sekolah atau musim perayaan maka harga tiket penerbangan akan melambung tinggi sehingga membebankan pengguna […]

» Read more

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Mac – Kerajaan telah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van transit atas permintaan (DRT) di Lembah Klang bermula September tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) berkata kajian pelaksanaan […]

» Read more

Kerajaan Sedang Tambah Baik Sistem Saraan PDRM – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan sedang menambah baik sistem saraan anggota polis berstrukturkan gaji, elaun dan kemudahan lain. Menurutnya, dengan kenaikan Bantuan Sara Hidup (Cola) ini juga dipercayai mampu untuk menyuntik semangat kerja yang lebih positif dan menaikkan motivasi penjawat awam secara keseluruhannya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. […]

» Read more

Puteri UMNO Semporna Sedia Lengkapkan Diri Kuasa Pelbagai Ilmu, Manfaat Perjuangan Parti

SEMPORNA, 6 Mac – Anggota Puteri UMNO perlu melengkapkan diri dengan menguasai pelbagai bidang ilmu bukan sahaja berkenaan politik kepimpinan tapi juga perlu mempunyai nilai tambah dengan memanfaatkan perjuangan parti sebagai platform utama. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Semporna, Sabriah Abdul San berkata, bagi mendepani era dunia tanpa sempadan dan seiring dengan cabaran revolusi industri terkini ternyata teknik komunikasi menjadi […]

» Read more
1 477 478 479 480 481 2,037