Saban Tahun Persidangan, Mesyuarat Pelbagai peringkat Bukti UMNO Ada Batu Asas Kukuh – Rashidah

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Naib Ketua UMNO Sri Gading, Nor Rashidah Ramli melihat perjuangan UMNO yang kekal hingga ke hari ini mempunyai batu asas yang kukuh dan kuat. Menurut beliau perkara berkenaan dapat dilihat menerusi persidangan serta mesyuarat UMNO pelbagai peringkat saban tahun yang berjalan dengan lancar dan penuh tertib. “Bagi saya, UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai asas […]

» Read more

ASEAN, Rakan Dialog Desak Gencatan Senjata, Dialog Inklusif Di Myanmar – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – ASEAN dan rakan dialognya menegaskan bahawa mengadakan pilihan raya di Myanmar bukan keutamaan ketika ini, sebaliknya penekanan perlu diberikan kepada keperluan mendesak untuk mencapai gencatan senjata kekal dan dialog inklusif bagi meredakan krisis yang sedang berlaku. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tumpuan kekal kepada pelaksanaan sepenuhnya Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN, yang […]

» Read more

Rundingan Mengenai PRN Sabah Belum Dimuktamadkan – Ahmad Zahid

TANAH MERAH, 11 Julai – UMNO telah mengadakan perbincangan dengan parti-parti terlibat menjelang Pihan Raya Negeri (PRN) Sabah, namun tiada keputusan muktamad dicapai setakat ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagaimanapun, persiapan menghadapi PRN Sabah sudah bermula sejak tahun lepas sebagai langkah kesiapsiagaan parti. “Kita sudah ada perbincangan, […]

» Read more

UMNO Komited Selesaikan Isu Rakyat Felda Bukit Aping Timur – Khaled Nordin

KOTA TINGGI, 11 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan komitmen parti dalam memahami dan menyelesaikan permasalahan rakyat, khususnya di kawasan Felda Bukit Aping Timur. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian ketika menghadiri Program Santai Bersama Komuniti yang berlangsung di kawasan tersebut semalam. “Program ini cukup penting dan bermakna kerana bukan sahaja saya […]

» Read more

Ahmad Zahid Tegaskan Kelantan Sentiasa Dibantu Kerajaan Persekutuan

TANAH MERAH, 11 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Negeri Kelantan sentiasa dibantu oleh Kerajaan Persekutuan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyalurkan peruntukan setiap kali beliau ‘turun’ ke Kelantan. “Saya ingin menyanggah kenyataan tersebut kerana mustahil ada bantuan disekat. Setiap kali Perdana Menteri turun ke […]

» Read more

Terus Komited Bantu Rakyat, Amanah Dipikul Demi Kesejahteraan Masyarakat – Mohd Zaidy

JEMPOL, 11 Julai – Komitmen dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela menjadi aplikasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang kerap turun padang meninjau sendiri permasalahan yang membelenggu masyarakat setempat. Dalam satu lawatan kerja dan ziarah prihatin baru-baru ini, beliau melawat kawasan perumahan setelah menerima aduan daripada seorang penduduk, berhubung masalah longkang yang tersumbat. […]

» Read more

ASEAN Pertimbang Naik Taraf Turkiye Kepada Rakan Dialog Penuh – Mohamad

KUALA LUMPUR, 11 Julai – ASEAN sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf hubungan dengan Turkiye daripada rakan dialog sektoral kepada rakan dialog penuh dalam masa terdekat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata sebagai rakan dialog sektoral Turkiye telah memainkan peranan yang baik dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, keselamatan, pertahanan, pertanian serta menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara-negara ASEAN. […]

» Read more

Pemerkasaan TVET Pertanian Di Segamat Beri Manfaat Masyarakat Setempat – Zahari

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua UMNO Segamat Datuk Zahari Sarip berkata usul pendidikan yang dibawa serta diluluskan oleh UMNO bahagian berkenaan dalam persidangannya berkaitan TVET pertanian akan memberi limpahan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat setempat. Menurut beliau dengan kelebihan bentuk muka bumi dan kekuatan infrastruktur pendidikan ianya sudah pasti akan memudahkan lagi usaha kerajaan bagi menjayakan TVET pertanian […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Bapa Dr Akmal Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Saleh atas pemergian ayahandanya pagi ini. Terdahulu Dr Akmal menerusi hantaran dalam laman Facebooknya memaklumnya, bapanya iaitu Cikgu Saleh Lempah telah kembali ke rahmatullah pada jam 910 pagi ini. “Insya-Allah jenazah […]

» Read more

UMNO Syukur Titah Addendum Disahkan, Rayu Pelaksanaan Penahanan Rumah Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai – UMNO merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara semalam, yang memperakui arahan bagi pelaksanaan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan tersebut mengesahkan kewujudan titah berkaitan tahanan rumah […]

» Read more
1 478 479 480 481 482 2,472