Peruntukan Sekolah Persendirian: Ini Bukan Soal Politik – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh beranggapan bahawa isu pembahagian peruntukan pendidikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) dan institusi pendidikan agama bukanlah soal politik bahkan ianya hak rakyat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO tetap akan membawa isu ini tidak mengira siapa yang memegang tampuk kepimpinan […]

» Read more

TUDM Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Anggota Dibuli – Mohamad

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan buli seorang anggota di pusat latihan di Kuantan, Pahang. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan dalaman dijalankan selepas bapa pelatih berkenaan membuat laporan polis terhadap kejadian yang menimpa anaknya di pusat latihan tersebut. Beliau berkata polis juga telah hadir ke pusat latihan berkenaan […]

» Read more

Isham Ingatkan Noh Omar, Banyak Jasa UMNO Kepada Beliau

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mengingatkan bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar bahawa parti keramat ini banyak berjasa kepada beliau sebelum ini. Menerusi hantaran di laman Facebooknya Isham berkata, kenyataan Noh Omar mengenai UMNO ditunjangi ‘kaki bodek’ itu ibarat ‘kacang lupakan kulit’ kerana UMNO yang mengangkat beliau menjadi wakil […]

» Read more

Majlis Peguam Negara Patut Fokus Kepada Peranan Asas… Bukan Bermain Politik – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa Majlis Peguam Negara (Bar Council) sepatutnya lebih memberi fokus kepada peranan asas dan tidak berada dalam gelanggang politik. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohd Puad memaklumkan bahawa Majlis Peguam Negara akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) pada 10 Mei ini bagi […]

» Read more

UMNO Mesti Bekerja Sebagai Satu Pasukan Untuk Bangkit Kembali – Wan Rosdy

KUALA LIPIS, 2 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa anggota parti mesti bekerja dalam satu pasukan untuk pastikan UMNO bangkit kembali. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang memaklumkan bahawa masalah dalaman parti tidak perlu ada sebaliknya fokus untuk terus bangkit. “Kita ucapkan tahniah kepada Presiden kerana banyak melakukan perubahan pada […]

» Read more

BN, PH Tidak Mahu Tergopoh-Gopoh Dalam Pembahagian Kerusi

KUALA LIPIS, 1 Mei – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian ‘tidak tergopoh-gopoh’ dalam pembahagian kerusi untuk enam pilihan raya negeri (PRN) nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata pendekatan itu juga diambil bagi mengelakkan pertembungan atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul, jika calon yang dipilih tidak […]

» Read more

KKDW Sasar 400 Anak Orang Asli Ke Universiti

KUALA LIPIS, 1 Mei – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia merupakan sasaran terbaharu, selepas sasaran 300 anak Orang Asli ke menara […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Bantu Rakan Politik Hadapi PRN – Bung

KINABATANGAN, 1 Mei – UMNO Sabah bersedia membantu rakan politik lain di Semenanjung yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing tahun ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti jemputan untuk membantu rakan tersebut. “Kebiasaannya memang ada diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) pusat. “Kita akan menunggu dan akan meneliti […]

» Read more

Ahmad Zahid Meriahkan Majlis Aidilfitri UMNO Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, di sini, hari ini. Majlis Rumah Terbuka yang dihoskan Pengerusi UMNO Pahang merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipenuhi kehadiran warga tempatan sejak pukul 2.00 petang lagi biarpun majlis dijadual bermula sejam selepas itu. […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Pekerja, Teruskan Usaha Membina Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Pekerja kepada semua tenaga kerja serta teruskan usaha ke arah membina Malaysia Madani. Ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, ternyata sumbangan mereka besar maknanya dalam pembangunan dan kejayaan Malaysia seperti mana hari ini. “Sempena sambutan Hari […]

» Read more
1 463 464 465 466 467 1,766