Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Pekerja, Teruskan Usaha Membina Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Pekerja kepada semua tenaga kerja serta teruskan usaha ke arah membina Malaysia Madani.

Ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, ternyata sumbangan mereka besar maknanya dalam pembangunan dan kejayaan Malaysia seperti mana hari ini.

“Sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja di semua sektor yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan Malaysia seperti mana hari ini.

We have a lot more to do, and we have to do it together.

“Selamat Hari Pekerja kepada semua, ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’”, katanya lagi.

Hari Pekerja disambut setiap tahun pada 1 Mei. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.