Ahmad Zahid Meriahkan Majlis Aidilfitri UMNO Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, di sini, hari ini.

Majlis Rumah Terbuka yang dihoskan Pengerusi UMNO Pahang merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipenuhi kehadiran warga tempatan sejak pukul 2.00 petang lagi biarpun majlis dijadual bermula sejam selepas itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri hadir di sini dengan disambut Wan Rosdy dan kepimpinan UMNO yang lain.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Siti Sokhleha Nordin serta kepimpinan UMNO peringkat pusat, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), anggota Exco dan kepimpinan parti pelbagai peringkat.

Ahmad Zahid dengan diiringi Wan Rosdy juga turut menyantuni tetamu yang hadir.

Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung hadir untuk menikmati jamuan disediakan di khemah tetamu selain untuk beramah mesra dengan kepimpinan parti. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.