Malaysia Sambut Baik Persetujuan Bersyarat Hamas Kepada Pelan Damai

SEPANG, 4 Okt – Malaysia menyambut baik penerimaan bersyarat oleh Hamas terhadap 20 perkara yang terkandung dalam pelan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkembangan itu dilihat sebagai titik tolak ke arah pendamaian yang berkekalan untuk Palestin dan rakyatnya. “Alhamdulillah kita bersyukur kerana Hamas menerima (pelan itu) walaupun dengan bersyarat, maknanya […]

» Read more

UMNO Johor Sokong Pendirian MKT Berhubung RUU URA

JOHOR BAHRU, 4 Okt – UMNO Johor menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menetapkan pendirian jelas berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA). Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, keputusan MKT pada 3 Oktober lalu yang menangguhkan pembentangan RUU URA amat wajar demi memastikan rombakan menyeluruh dapat dilakukan dengan mengambil kira pandangan […]

» Read more

URA: Ambil Kira Kesejahteraan Rakyat, Bukan Sekadar Fokus Pembangunan Fizikal

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB / URA) wajar mengambil kira kesejahteraan rakyat. Kata beliau pembangunan bandar bukan sekadar soal meroboh dan membina semula bangunan sebaliknya mengambil kira secara menyeluruh. “Pembangunan bandar tidak hanya bererti bangunan buruk roboh dan buat baharu sebaliknya mesti […]

» Read more

Ahli PPBM Keluar Parti: Tamparan Hebat Buat Ahli Parlimen Masjid Tanah – Haryaty

KOTA MELAKA, 4 Okt – Ketua Penerangan Wanita UMNO Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata tindakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Masjid Tanah yang keluar parti merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kini berhadapan dengan parti retak menanti belah. Katanya, seramai 101 ahli akar umbi membuat keputusan tersebut atas alasan hilang […]

» Read more

Kerajaan Pertimbang Salur Peruntukan Tetap Kepada YKAT – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan untuk menyalurkan sejumlah peruntukan tetap kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) bagi membantu menjaga kebajikan penggiat seni tanah air. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengenai perincian perkara berkenaan. “Kerajaan sentiasa komited untuk […]

» Read more

UMNO Prihatin Keresahan Rakyat Berkaitan RUU URA

KUALA LUMPUR, 3 Okt – UMNO amat prihatin terhadap keresahan rakyat berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar telah diadakan pagi tadi yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pemaju, orang perseorangan daripada pelbagai kaum. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selaras dengan resolusi konvensyen, UMNO […]

» Read more

Konvensyen URA Lancar, Resolusi Diserahkan Kepada Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar yang berlangsung di ibu negara hari ini menyaksikan suasana penuh tumpuan apabila para peserta, wakil masyarakat dan pakar bandar hadir memberikan pandangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar. Ketua Pasukan Khas UMNO bagi Penambahbaikan RUU berkenaan, Datuk Johari Abdul Ghani, mengetuai sesi perbincangan resolusi, manakala kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri […]

» Read more

RUU URA Tidak Boleh Ketepi Kuasa Negeri Dan PBT – Mohd Jafni

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor meluahkan kebimbangan terhadap peruntukan dalam Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dilihat memberi kesan kepada kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan negeri. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata ini kerana RUU tersebut memberi kuasa kepada Jawatankuasa Eksekutif […]

» Read more

Konvensyen URA: UMNO Tegas Pastikan Pembangunan Bandar Berpaksikan Keadilan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO komited memastikan pembangunan semula bandar melalui inisiatif Urban Renewal Authority (URA) berpaksikan prinsip keadilan sosial serta tidak menekan penduduk asal. Menurut beliau, Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang berlangsung hari ini merupakan platform penting anjuran UMNO untuk menghimpunkan suara rakyat, […]

» Read more

Tambah Baik RUU URA, Ambil Kira Kepentingan Dan Keperluan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) perlu diperhalusi dengan baik bagi mengambil kira kepentingan dan keperluan rakyat. Beliau yang juga Ketua Pasukan Khas UMNO untuk penambahbaikan RUU Akta URA berkata ia tidak ditolak sepenuhnya kerana pembangunan semula penting mengambil kira keperluan tersusun seiring dengan pembangunan […]

» Read more
1 … 440 441 442 443 444 … 2,533